Wednesday 14 November 2012

Selamat Tahun Baru - MAAL HIJRAH 1434


Assalammualaikummm... Esok dah masuk Tahun Baru Islam kita. Cuti lagiii.. Semalam cuti esok pon cuti lagiii... Sakannn.... Tapi kami kat rumah jerr.. Semalam buat 'spring cleaning' kesemua bilik yang haderrr.. En Suami kena kerja so Adam la yang banyak bantu. En Suami tolong akhir-akhir.. Mekasihhhh...

Esok pon En Suami kerja jadi apa lagi nak buat ya??? Apakata kita tengok TV Sambutan Maal Hijrah ndak?? Nak tengok mereka-mereka yang menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah/2012 secara LIVE kat Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 8 pagi tu tidak la dapek nak nolongggg... MMmmm... Tv pon TV lahh..

Tau apa tema kita kali ni tak?? Aku baru 'google' tadi sat. Tema kali ini adalah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Nak beri pendekatan, panjang berjela plak lah.. So, korang KLIK aja untuk maklumat selebihnya. Interesting!!! Believe me...

Hari ini segala catatan amalan kita ditutup n di "angkat" kpd Maha Pencipta kita ALLAH SWT. Lalu di ganti dgn "buku catatan amalan" yg baru. Sebelum catatan amal itu ditutup, minta maaf lah ya kepada rakan-rakan yang kenal atau pun tidak. Kita cuma manusia biasa tak lepas dari salah silapppp...




Mari kita bersama bacalah doa akhir tahun selepas Asar nanti dan diikuti doa awal tahun selepas Maghrib. Sayangnya, kerana Aku 'bercuti' makanya baca dalam hati sahajaaaaaa laaa.. Lalala lalalaaaa...

"Barang siapa yg memperingatkan bulan Zulhijjah kepada saudara semuslimnya maka api neraka diharamkan menyentuhnya"

( Rata-rata Facebookers akan mendapat message sebegini, begitu juga saya. Mujur seorang hamba Allah menyedarkan saya akan asal-usul Hadis ini dan sesungguhnya saya kurang arif. Namun, tujuan asal saya adalah untuk memperingati sesama kita, itu sahaja. Harap maklum. )

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga kita beroleh 'kemenangan' di tahun mendatang, Insya-allahhh...

Baca-baca:
Makna Tahun baru Hijriah Bagi seorang Muslim dan Bagaimana Menyambutnya

Bahagian Satu
Bahagian Dua
Bahagian Tiga




Errr... Layan lagu Maal Hijrah, ndak??? Hahaha hahahaa.. KLIK kan ajaaaa....




2 comments:

  1. Assalamualaikum..nak tanya sikit ni
    "Barang siapa yg memperingatkan bulan Zulhijjah kepada saudara semuslimnya maka api neraka diharamkan menyentuhnya"
    Hadis tu dapat dari mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallahhh... Maafkan saya yang Khilaf ini.. Baru sedar itu adalah Hadis Maudhu'. Peringatan itu saya ambil dari teman-teman lainnya yang turut sama memperingati saya. Rata-rata dari Facebook jua.

      Saya memandang dari sudut yang positive iaitu sekadar untuk memperingati sesama kita. Selebihnya biarlah Tuhan saja tentukan.

      Wallah-hualam..

      Terima kasih.

      Delete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p