Saturday 26 November 2011

MAAL HIJRAH 1433



ASSALAMMUALAIKUMMM...Al-hamdulillah kita semua Umat Islam akan menyambut tahun baru Hijrah 1 Muharam esok bersamaan 27hb November 2011. Sebagaimana yang semua maklum hari Awal Muharam amat bermakna bagi kita semua bagi memperingati penghijrahan NABI MUHAMMAD S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada 622 Masihi. Tujuan penghijrahan adalah untuk terus menyebarkan ajaran Islam itu sendiri. Penyebaran ajaran Islam telah banyak terjejas akibat ancaman orang Arab Quraisy. Hijrah ini merupakan satu strategi penyebaran dengan aman. Hijrah ini membolehkan masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Petikan dari : WIKIPEDIA




 Mari kita amalkan doa-doa ini moga-moga hidup kita lebih dirahmati. Insya-allah.. Berniatlah dan berazam demi kebaikan kita Umat Islam Sejagat... Berhijrah lah kita bersama-sama..





"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)

P/S: Ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika ada terbuat salah silap , terkasar bahasa dan sebagainya... Selamat Tahun Baru Semua!!!


No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p