Monday, 4 June 2012

PRIMER mahal - MAKE-UP BASE murah??? Sama jerrrkkk...

Assalammualaikummm... Cerita pasal make-up la plak arinieh yerrr... Jangan ko hengat 'surirumah' macam Aku tak main mekap-mekap nihh... Biarpon tidak macam yang lain di luar sana, namun Mak pon hader jugak biarpon yang 'koman-koman' punya ajerr.. Paling penting, kita kena tahu 'essential' penting yang mesti ada.. Tak gitewww...Ada di kalangan kita percaya dengan 'natural-beauty' yang mana tak bermekap lebih baik dan lebih menyerlahkan kecantikan asli. But for me kalau nak tau seseorang tu cantik ke tidak adalah pada masa dia bangun dari tidor!!! Hahahha hahahaa... Siyes!!! Itu luarannya lah, dalaman Aku tak jamin laaa.. Khahah hahahah hahahaa...

Apa yang dimaksudkan dengan tak bermekap tu tadi pada korunk??? Bagi Aku adalah tiada foundation yang heavy, bedak yang tebal, eye-shadow yang kalerful,blusher yang terang and lipstick yang mampan. Namun, rutin utama penjagaan wajah tetap sama. Mencuci+toner+pelembab itu kunci utama. Yang nak Aku 'highlight' kan di sini adalah tentang PRIMER@MAKE-UP BASE.

Ok lah, bagi mereka yang tittle macam Aku ni takkan nak mekap sakan bila dok rumah khennn...Sebab tu bila sesekali kluar, kena betul caranya nak apply mekap. Bukan main boh ajaaa... Me, masa teenagers ada prob dengan wajah. Gara-gara tak sedor yang diri ni 'allergy' pada sea-food. Kesannya struktur wajah tak se-smooth mana. I am not so worry about that sebab tak la seserious mana coz peralihan masa dan usia masalah tu tiada lagi, Insya-allah. Anyway segala 'kekurangan'  tu boleh kita 'cover' dengan sedikit calitan mekap yang sesuai. Nak tau apa yang Aku temui???


I've discovered this!!!! Al-kesahnya masa pergi PD arituh laa.. My current moisturiser SPF25PA++ ajerkkk.. Tak cukop tuh so kena find sumthing sesuai. Pernah terbaca dalam satu blog about this so sepantasnya Aku sambar!!! Regenya dalam rm25 kalau tak silap la... Yang ni memang for face and SPF50PA++ lagikkk...Tak bermekap boleh pakai apatah lagi kalau nak bermekap. Best sebab teksturnya yang cepat meresap dan tidak melekit walaupon ianya 'milky-type. Muka tak berminyak dalam jangka masa lama dan skin still supple sebab ianya tidak mengeringkan. Wangiiiii...



Pakai selepas sapu pelembab muka. Sikit ja gunanya. Lepas tu baru pakai BB Cream atau Foundation macam biasa. Kulit otomatik jadi gebu!!! Berpeluh tu tak boleh nak elak la tapi mekap menten agikkk... Tak cair!!! Lain lah kalau ko 'gonyoh' muka dengan tisu kuat-kuat apa pon tanggal!!! Ngehh hehh hehhhh...

Before this dalam ENTRY sebelum ni Aku ada cerita pasal satu Primer ni dari SEPHORA. Yang tu takde SPF and I found it dry a bit even muka dah buboh pelembab. Kesan dia baik tapi feel dia tak sama macam Face Milk baru nih. Maybe sebab tak ada SPF kot??? Silap la Aku bleh tak perasan yang tuuu.. So yang ni Aku pakai untuk mata dan lips... Boh pon secalit jaaa sebab kesan 'dry' dia tu khennn...Memang mekap 'menten' bebbbb...


So???? Tak bermakna yang murah tu tak baik, betul tak??? Learned my lesson. For those yang still tercari-cari, it is okay to keep searching better product for yourself. Banyak kat luar tu Aku skodeng-skodeng.. Rata-rata sukakan MAC PREP and PRIME. SMASHBOXS, NARS and STILLA pon not bad. Semua tu ada kat SEPHORA kalau tak silap. Ikut kemampuan lahhh yerrr...

Bagi Aku make-up base ini penting sebab kulit muka takkan rosak kena alatan mekap tu... Pelindung lah kiranyaaa.. Mekap tahan sampai berjam-jam lamanya takyah 'tahchap'.. Kwang kwangg kwanggg.. Betol apa.. Macam Aku ni bila kalanya nak 'tahchap' nyer tuhh??? Malas nan hado!!! Hahahah hahahaaa...

KONPIUS??? Hehehe hehehehee... PRIMER or MAKE-UP BASE tu sama ajerkkkkkk... Tugas mereka ni serupa. Teksture tu yang lain... Yang tu korang kena la try macam yang Aku buat baru tau ... Tak pon google aja mana-mana produk yang korang nak tauuu... Macam-macam ada kat tenet sekarang niii. Naik juling mata nengoknyaaa..

Apalagi tunggu??? Jom ler terai beramai-ramai!!!! Sah-sah mekap korunk 'mentennnn...' noksss!!! Mak sukerr!!! Mak sukerr!!!

3 comments:

  1. ini menarik! harus beli.kat mane2 hypermarket ada jual ke?

    ReplyDelete
  2. Nil, well-known pharmacy such as Guardian, Caring or Watson.

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p