Saturday 17 November 2012

Caramel Pudding VS Egg Pudding with Honey

google

Waaaahhhh!!! Banyaknya telurrrrr... Suka tengok telur bebanyak cenggini haaa.. Tengok aja macam-macam idea keluar jam-jam tu jugak nak masak apa.. Sometimes aja bila 'otak beku' tu yang dok meng-google kat tenet.. Hahahah hahahaa hahaha...

Kat rumah ni memang stok telur tak putus!! Bebudak ni 'hantu-telur' kalau nak tauuu.. Sebab tu Aku selalu pesan kat En Suami supaya jangan lupa 'stock-up'. Aku cukup suka telur yang besar-besar tu haa.. Grade A orang kata tapi mahalll.. So, kita amek yang Grade B punyaaa.. Puas hati!!! Pernah cuba beli yang kecik-kecik tu, memang Mak tak gemar. Kecik pon kecik lepas tu bila masak ada kinda smell sket yang ala-ala hanyir gituuu... Simpan lama sket pon cepat aja rosak!! Mencik!!!


Hahaha hahahaa... Kan Aku udah bilanggg... Petanda rumah Kami ada 'hantu telur'!!! Ni mana yang namanya 'belen-belen' tinggal bekas aja.. Yang lain banyak dah buanggg.. Kenapa simpan??? Ntah... Mana Aku boh??? Kalau pandai teka lerrr...

Aik??? Ni nak cerita pasal telur aja kah??? Eh, bukan laaa... Bukak cerita pasal telur ni pasal resepi yang baru Aku buat tadi ni haaa... Banyak jugak pakai telurnyaaa.. Mujur ada stok!!! 1st time buat weehhh... Al-hamdulillah menjadikkk.... *eksennnnn...*


TADDDDAAAAAaaaa!!! Mak sukerrr!!! Mak sukerrr!!! Sukses wehhh.... Aku follow resepinya originally di SINI. Tapi Aku 'adjust' beberapa perkara.. Senang cerita meh Aku bagi resepinya ikut 'version' Alu la ekkk...

Puding Karamel
Bahan A - untuk karamel

10 sudu besar gula
1/2 cawan air - lebih sikit pon takper kalau nak cair

Bahan B - untuk kastad

5 sudu besar gula
6 biji telur besar - 4 penuh, 2 lagi ambil kuning sahaja
500ml susu segar - Aku pakai low-fat
1 sudu kecil vanilla

Cara-cara:

1. Buat karamel dulu iaitu dengan memanaskan gula bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga berwarna perang dengan api sederhana. *perghhh..lama tunggu wehhh...* Tutup api lalu sejukkan sebentar dalam bekas puding.

2. Dalam satu bekas, satukan telur bersama gula lalu pukul sekejap untuk sebatikan. Letak tepi dahulu.

3. Atas dapur, panaskan susu bersama vanilla. Tak perlu didihkan cukup suam-suam kuku gitu. Perlahan-lahan campurkan ke dalam campuran telur tadi sambil mengacau bancuhan.

4. Tuang bancuhan kastad ke atas karamel tadi. balut dengan aluminium foil.

5. Dengan suhu 160 d masak puding tadi selama 60 minit. 30min pertana dengan api atas bawah dan selebihnya apai atas sahaja. Pastikan bekas puding tadi di letakkan dalam bekas lain yang berisi air ya, jangan lupa tu... *proses stim namanya nihhh* Seperti gambar di bawah.


Siapppp... Heheheh hehhhh... Senang ajaaa... Nak tau apa lagi lepas tu??? Aku belasah buat resepi sesuka hati noksss... Nama pon main 'boh' ajaaa... Apanya??? Method yang sama tapi Aku buat 'suku' aja sebab nak 'testing-power'.. Makanya sukatan pon jadi suku lahhhh... Resepi tu Aku namakan dia Egg Pudding with Honey. *cheeewwwaaahhh...*


Apa rasa dia??? Macam rasa karamel puding lah lebih kurang tapi kurang manis sebab pakai honey. Errr... Macam Tau-Fu-Fa perasa gula putih pon haderrrr... Sedap jugaaaa... Aku 'prefer' yang ni sebab kurang manisnyaaa.. Baik untuk kesihatannn.. Chee cheee cheeehhhh...

Resepi dia lagi mudah. Follow aja resepi di atas tapi tolak bahan nak buat karamel, itu aja. Nak makan masa tu tuang la honey atas kastad tu sesedap rasa. Hihihihiiii... Cuba lah kalau nak tauuu!!!!



No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p