Saturday 29 September 2012

Daging Blackpepper - guna bahan sedia ada

Lama dah tak makan 'blackpepper-style' niehhh... Tiba suatu hari teringin plak rasanya. *mementang la En Suami baru lepas 'memborong' ke pasar..hehehhhehehehh..* Kebiasaannya, benda paling utama perlu ada ialah BLACKPEPPER SAUCE MAGGIE dalam botol tu. Skali nak masak baru teringat stok tak ada la pulakkk... Acaner tuh???? Gabra... Gabra...

Hahahha hahaha hahaha... No worries la beb. Kita yang nak makan, so pepandai lerrr... Itu ikot resepi Mak Sentul kononnya lagi sedap. Abeh mender dah taka ada.. Pepandai la nak idoppp... Camner Aku buat??? Sonang yoooo....

Bahan-bahan:

Daging potong kecil dalam 500g - 800g rebus dengan sedikit air hingga 3/4 empuk bersama garam

1bj bawang merah sedang - hiris halus
2-3bj bawang putih - hiris halus
Halia sebesar ibu jari & panjangnya juga - hiris
1 labu bawang kuning besar - potong bulat-bulat
2 sudu makan serbuk blackpepper
1 sudu kecil serbuk kasar blackpepper
1 biji cili merah - hiris
1 sudu sos tiram
Kicap manis secukupnya
Bancuhan 1 sudu besar tepung jagung dgn sedikit air

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan blackpepper dan tumis seketika kemudian baru masukkan daging (tinggalkan air rebusan di tepi dahulu)
2. Masukkan sos tiram dan kicap manis gaul mesra. Cairkan sos dengan menambah air rebusan daging sedikit demi sedikit ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
3. Rasa masakan. Jika perlu tambah perasa atau kicap manis lagi. Sos tiram dah cukop masin.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Masukkan hirisan bawang besar kuning bersama hirisan cili merah.



Dekat MANGKUK TINGKAT pon ada resepi mudah kalau nak tahu. Style dia kering sedikit. Dan tiada penggunaan Sos Tiram dan Kicap Manis langsung. PERGGHH!!! Lagi senang centu!!! Cara mereka adalah seperti berikut.

Menu Express
Daging Masak Black Pepper(2-3 org):


1 Daging (dipotong kecil)-anggaran 300 gm
2 2-3 ulas bawang putih + 1 bawang besar (dikisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2-3 helai daun bawang
1-2 biji cili merah
garam halus
gula
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara masakan

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan daging, serbuk lada hitam, bawang besar yang dipotong dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan air dalam kuantiti yang agak banyak dan tutup kuali untuk empuk/ lembutkan daging.
5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa, cili dan daun bawang.
6. Masukkan air sedikit lagi kalau nak ianya berkuah.
7. Masak sehingga mendidih , tutup kuali dan biarkan seketika... siap untuk dimakan..

Senang sangatttt... Nanti nak try la jugakkk... Heheeh hehehehh hehhhh...

Anyway kan, for those yang tak tau agik... MANGKUK TINGKAT sediakan penghantaran makanan tau. Rerasa malas or tak tau nak makan apa kat opis bleh 'hoder' jaaa.. Sedap tak sedap tu kena lah korang try kenzzz... Rasa Aku mesti la sedap. Tengok pic makanan diaorang terlioq dibuatnyaaa... Tak susah pon nak order. Angkat talipon tu tekan tekan tekan dah bleh order...

MMmmmm... MALAS LER TUHHHhhhhh....

1 comment:

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p