Thursday, 12 July 2012

RAMADHAN 1433 (2012) bakal datang lagiii...

http://blog.balootisme.com/

Syukurrr Al-Hamdulillah... Tak lama lagi Ramadhan akan tiba sekali lagi.. Justeru itu, Insya-allah hari Sabtu nanti KAMI ingin membuat kenduri kecil-kecilan untuk keluarga kecil Kami kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan segalanya dapat berlangsung dengan baik..

Aku rasa 'sejuk-hati' bila En Suami suarakan hasrat ini. Instead of buat makan-makan untuk jamuan harijadi dia lebih AFDAL buat begini, ye tak??? Pahala pon dapekkkk.. Tambah seronok bila ramai turut berkumpol dengan semua ahli keluarga memasing.. Dengan budak-budak.. Pasti seronok!!! Tak sabar rasanyaaa..

MENU?? En Suami tak mahu Aku 'membanting tulang' sebab Aku tak ada pembantu. Maybe Mak dan Erin boleh tolong kottt.. Insya-allah esok nak amek mereka di Sentul. Bukan mintak buat kerja berat. Hihihiiii.. Erin tolong tengokkan bebudak while Mak 'pantau' Aku masak semua.. Cheewwahhhh... Boley ka??? Macam caya tak cayaaaaa jerkkk.. Muaahahahaa hahahaaa...

Mak nak masakkan Gulai Bilis dengan Petai Masak Tempoyak. Perghhh!!! Katanya bahan-bahan dah siap kat rumah Mak tinggal nak masak jer.. *aiii...macam tetau jer tauuu...* Masak kat rumah Aku ler nampaknyaaa... Pehtu En Suami sroh masak Mee/Meehun Sup Soto. Heh, hopcoz la mesti ada nasik empet dan pergedil serta kicap cili... *melelehhh...* Dah Mak punya laok tempoyak ada Aku masak nasi ler.. Tambah Sambal Sardin sekali, amacam??? Ulam-ulaman?? Desert rasanya Peachy-pudding sama RV cuppies.. Waaahhh!!!! Tak sure la boley ker tak ekkk... Demam kalu??? Insya-allahhhh...

Maaf lah sebab kengkawan tak ada dalam list untuk hari tu.. Sebab korunk dah termasok dalam list laen.. Iaitu masa BERBUKA-timeee.. Yang dah PROMISED nak belanja tu jangan buat-buat lupa hokehhhhh!!! Wa tuntot lu tau kaaa... Mr S.M.Izmie, akan ku carik kamooo sampai lobang cacing kalau tak jadikkk... Dan untuk Mr Black@Rizal, Insya-allah kalau Mak jempot Kami sampai la.. Hehehhe hehehee...


google

Bila nak 'setat' puasa nih??? Aku tengok kalender jatuh pada 21st JULY 2012 iaitu hari Sabtu. WWWOOOIII!!!! Tak lama agik bebbbb... *posa tinggal dah ganti???* Insya-allah mudah-mudahan kita semua mampu melakukan ibadah sebaiknyaaa...

Sambil meng-google terjumpa TIPS untuk semua yang bakal berpuasa.. Meh share... Senang ja!!!

TIPS BERSAHUR
  1. Bersahur dengan makanan berkhasiat.
  2. Lebihkan FIBER untuk kesan kenyang berpanjangan.
  3. Kurangkan makan makanan pedas dan masin untuk kurangkan rasa dahaga disiang hari.
  4. Elakkan rasa lapar dengan kurangkan pengambilan lemak.
  5. Amalkan KURMA kerana nutriennya yang penting.
  6. Banyakkan minum air kosong untuk elakkan dehidrasi.
  7. Jangan terus tidur lepas Sahur untuk mudahkan penghadaman. Jangan lupa Solat Suboh.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Makan sahurlah kalian kerana pada makan sahur itu adanya keberkahan" (Shahih Muslim)


TIPS BERBUKA
  1. Jangan berbuka dengan ais dahulu sebaliknya lebih baik dengan air kurang sejuk.
  2. Cuba mulakan memakan 3 butir KURMA dulu dan diikuti dengan sajian ringan lainnya.
  3. Solat Magrib dahulu dan berehat seketika sebelum sambung makan lagi.
  4. Berbuka secara perlahan dan tidak gelojoh bagi mengelakkan senak, letih dan kembung perut.


Dari Sulaiman Ibdu Amir Al-Dlobby bahawa Nabi S.A.W bersabda: "Apabila seseorang antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu suci" Riwayat Imam Lima. Hadith shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim.


SELAMAT semuaaaaa!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p