Monday 7 November 2011

SERASIKAH ANDA???

Ni bukan pic kawen tau... This is our 'honey-moon' pic yg ntah kali ke berapa ntah..ahaks!!

SERASI???Macamana nak tau kita ni serasi atau tak dengan pasangan kita??? Dulu-dulu masa zaman 'kegemilangan' (aaiii...cheeewwaahhh!!! Gemilang la sangatttt....), seseorang pernah berkata pada aku, kalau nak bahagia, carilah pasangan karektornya bertentangan dgn kita. memang buta-buta aku follow advise tuh.. NOW aku bersetuju sangat-sangat!!! Al-hamdulillah.. Bila aku baca artikel ni-lagilah aku tambah suker!!! Bezanya cuma yang ini berkaitan dengan POSISI@urutan kelahiran. Semakin jauh, semakin baik. Pasangan yg urutan lahirnya bermula dari belakang, biasanya saling menarik antara satu sama lain. Sehingga sangat baik dalam kehidupan perkahwinan. Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dalam keluarga serta saranan penting sebagai panduan. SO what are we waiting for??? Jom ler kita followwww......


SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama. Masalah yang dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar daripada sifat mereka sendiri yang inginkan kesempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yang lebih berkuasa dalam apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Berhenti daripada terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
* Jgn suka membuat andaian yang berlebihan tentang sesuatu perkara. Contohnya perkara yang belum berlaku, tetapi anda sudah menentukan bahawa ia pasti berlaku. Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yang keras, bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada pasangan. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
* Definisikan peranan masing-masing dengan jelas. Ini dapat mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yang berhak melakukan ini atau itu. Berbincang dan putuskan dari awal tentang tanggungjawab masing-masing.
* Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tidak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
* Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik daripada cara anda. Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik. Apa kata cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”

SULUNG + TENGAH = PARADOKS

Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dlm mempertahankan sesebuah perkahwinan. Fakta penting bagi anak tengah, anak sulung adalah ‘paradoks’ (kelihatan bercanggah tetapi benar) yang membosankan. Sebagai anak yang memiliki kakak/abang serta adik, anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yang sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Selalulah berbincang. Jangan biarkan pasangan anda berkata, “semuanya ok” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Berusahalah untuk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
* Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa. Khususnya bagi anak sulung, beri pasangan anda hadiah atau kejutan-kejutan kecil kerana kebiasaannya anak tengah kurang mendapat perhatian keluarga.
* Jika ada masalah, selesaikan segera. Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yang ideal dan saling tertarik antara satu sama lain. Anak sulung mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan prinsip hidup dan rancangan masa depan. Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dalam menghadapi hidup. Sebaiknya ialah, isteri sulung sementara suami bongsu. Wanita yang lahir sebagai anak sulung, sifat keibuannya sgt tinggi. Sementara lelaki yang lahir sebagai anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorang ibu. Dalam hal ini, mereka saling lengkap melengkapi. Namun perlu diingat, kebahagian dalam perkahhwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda. Terutamanya jika pasangan anda lelaki. Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah, bukan hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
* Jangan terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda. Kerana setiap orang mempunyai kelemahan, tetapi ia harus diperbaiki dengan cara sebaik mungkin. Jangan terlalu drastic, tetapi pasti.
* Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
* Komunikasi perlu sentiasa dijaga. Pastikan bahwa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.

TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi. Tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jika sukar untuk bercakap, cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan. Seperti surat, kad atau pun sms.
* Bina kepercayaan diri pasangan melalui pujian, ciuman, dakapan dan sebagainya.
* Luaskan pergaulan. Bergaullah dgn rakan-rakan, baik di pejabat atau pun tetangga. Tetapi elakkan daripada kecurangan atau perkara-perkara yang negatif.
* Sentiasa menghormati pasangan. Contoh mudah ialah jangan lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.

TENGAH + BONGSU + AMAN (inilah KAMI kalau nak tau...)

Seorang pasif (MR B) Dan seorang lagi sosial (of coz la ME..).Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan sesekali meperlekehkan pasangan anda, walaupun mungkin idea yang dikemukan kedengaran pelik dan lucu. Dengar dan fikirkan.
* Sesekali cubalah idea-idea baru. Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
* Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
* Berusaha untuk berkongsi dalam segala hal. Jangan menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dengan masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya. Kerana itu sejak daripada awal lagi, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak dan kewajipan masing-masing. Juga kesepakatan untuk menerapkan disiplin dalam rumah tangga. Jika ia diabaikan, sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut. Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan orang lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI
* Jangan suka bertikam lidah, sebaliknya jadilah pendengar setia untuk pasangan. Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah.
* Sentiasa berkomunikasi dengan baik dan saling ingat mengingatkan, agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.
* Jangan memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
* Hadapi segala apa yg mendatang dengan tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dengan keceriaan.


Finished reading??? So agak-agak la, mana satu POSISI anda-anda ya... Apapon semua ini adalah kerja ALLAH S.W.T jua. Kita manusia biasa dikurniakan akal fikiran yang waras. Jadi kita waras dalam membuat keputusan untuk hidup kita sendiri dengan jalan mana yang kita pilih. Panduan banyak kannnn... Dan setiap dari kita juga telah diciptakan pasangan masing-masing. Jila tidak bertemu di dunia ini, Insya-allah di akhirat kelak. ALLAH itu Maha Adil...

Assalammualaikum..


Sumber Maklumat:   www.facebook.com/pages/Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung


2 comments:

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p