Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha-10 Z'Hijjah 1432 untuk Semua!!!!


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. Semua umat seluruh dunia meraikannya. Satu lagi keistimewaan Aidiladha adalah ibadat korban itu sendiri yang membawa maksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Kita juga sebut sebagai Hari Raya Haji sebab masa ni la ramai yang mengunjungi Kaabah untuk mengerjakan ibadah Haji....

Masa ni kita disunatkan pakai pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga berwangi-wangian. Gembira rasanya bila melihat semua comel-comel belaka terutama kanak-kanak kan..kann??? Semua tu ikut kemampuan masing-masing. Kami pakai apa yang ada yg masih boleh dipakai TP wangi itu mestiiii!!! Harum semerbak pon xper....Heheheheheee... Rambot pon syampoo wangi-wangi tauuu!!

Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya. Teringat pula semenjak-menjak ada anak kecik ni peluang nak pergi sembayang raya tu memang TIPIS sekali.. Nak tunggu budak-budak ni besar sedikit kot baru mendapat....Huhuhuuuu.. So far Adam dah mula ikut MR B pergi sembahyang dah start Raya Aidilfitri lepas. Insya-allah kalau ada rezeki kita pergi sama-sama la ye..(senyum sorang berangan membayangkan kami ni BORIA berduyun-duyun sedondon pergi sembahyang raya...cooommmeelllnyyaaa IBU..ahaks!!)

Selepas jer sembahyang, upacara korban pon mulaaa... Haiwan-haiwan ternakan yang hendak dikorbankan akan disembelih dekat masjid secara gotong-royong sebelum dagingnya dibahagikan kepada orang ramai. Kebiasaannya orang korbankan lembu. Tp ada juga korbankan unta,kambing atau biri-biri. Keutamaan pemberian daging-daging korban ni adalah kepada yang fakir miskin lah dulu.. Ye lah, mereka kan serba kekurangan... Dapat pahala banyak tau... Sebut pasal sembelih ni, percaya tak yang aku memang tak pernah nak mengadap depan-depan tengok lembu tu kena sembelih??? Takot terkesian kang dahhhh tak boleh makan daging tu pula..(abes tu dah jadinya haram la kan bila kita kesian pada binatang sembelihan tu-ye ke tidak???) Btolll aku tak tipu!!! Paling kuat tengok menerusi gambar jer...Penakottt!!!(hahahhaaa....gelakkan diri sendiri!!!)

Habis semua tu kita ke pusara mereka-mereka yang telah tiada. Doakan kesejahteraan mereka dan seterusnya masa pulang rumah kita saling bermaaf-maafan bersalam-salaman.. Dahulukan yang lebih tua.. (berjurailah air mata lagi nih..dosa banyak wooo kat MR B....) Lepas tu??? Apalagi, kita makan laaa... Tahun ni kami ala kadar jer sebab ramai kenalan yang pulang ke kampung jauh-jauh nunnn.. Tidak-tidak pon pergi holiday..(alang-alang cuti panjang ye tak ye???) Planning masak bihun sup ajer,boleh??? Ni masa sebok typing ni tgh dok rebuskan daging ayam dlm periuk la... Lepas suboh kang baru start menumis kuah supnya bagai..(aaiii..tido pon x lagi ni..bengkak la bijik mata sokkk..)

Makanya kita berziarah mana-mana yang ada jer la yea... Mujur in-laws sumua AVAILABLE.. So kita berkonvoi la nanti keyhh.. Paling koman pon ntah-ntah karang mengadap TV jer layan ASTRO sambil tunggu kot-kot ada orang nak datang..Hihihiiii... Tak pon sambong buat taik mata gara-gara lack of sleep.. Amacam plan??? Apa saja la labuuu....Assalammualaikum...

P/S: Maaf Zahir & Batin semua!!!! Hati-hati di mana jua berada...

No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p