Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, 17 November 2012

Caramel Pudding VS Egg Pudding with Honey

google

Waaaahhhh!!! Banyaknya telurrrrr... Suka tengok telur bebanyak cenggini haaa.. Tengok aja macam-macam idea keluar jam-jam tu jugak nak masak apa.. Sometimes aja bila 'otak beku' tu yang dok meng-google kat tenet.. Hahahah hahahaa hahaha...

Kat rumah ni memang stok telur tak putus!! Bebudak ni 'hantu-telur' kalau nak tauuu.. Sebab tu Aku selalu pesan kat En Suami supaya jangan lupa 'stock-up'. Aku cukup suka telur yang besar-besar tu haa.. Grade A orang kata tapi mahalll.. So, kita amek yang Grade B punyaaa.. Puas hati!!! Pernah cuba beli yang kecik-kecik tu, memang Mak tak gemar. Kecik pon kecik lepas tu bila masak ada kinda smell sket yang ala-ala hanyir gituuu... Simpan lama sket pon cepat aja rosak!! Mencik!!!


Hahaha hahahaa... Kan Aku udah bilanggg... Petanda rumah Kami ada 'hantu telur'!!! Ni mana yang namanya 'belen-belen' tinggal bekas aja.. Yang lain banyak dah buanggg.. Kenapa simpan??? Ntah... Mana Aku boh??? Kalau pandai teka lerrr...

Aik??? Ni nak cerita pasal telur aja kah??? Eh, bukan laaa... Bukak cerita pasal telur ni pasal resepi yang baru Aku buat tadi ni haaa... Banyak jugak pakai telurnyaaa.. Mujur ada stok!!! 1st time buat weehhh... Al-hamdulillah menjadikkk.... *eksennnnn...*


TADDDDAAAAAaaaa!!! Mak sukerrr!!! Mak sukerrr!!! Sukses wehhh.... Aku follow resepinya originally di SINI. Tapi Aku 'adjust' beberapa perkara.. Senang cerita meh Aku bagi resepinya ikut 'version' Alu la ekkk...

Puding Karamel
Bahan A - untuk karamel

10 sudu besar gula
1/2 cawan air - lebih sikit pon takper kalau nak cair

Bahan B - untuk kastad

5 sudu besar gula
6 biji telur besar - 4 penuh, 2 lagi ambil kuning sahaja
500ml susu segar - Aku pakai low-fat
1 sudu kecil vanilla

Cara-cara:

1. Buat karamel dulu iaitu dengan memanaskan gula bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga berwarna perang dengan api sederhana. *perghhh..lama tunggu wehhh...* Tutup api lalu sejukkan sebentar dalam bekas puding.

2. Dalam satu bekas, satukan telur bersama gula lalu pukul sekejap untuk sebatikan. Letak tepi dahulu.

3. Atas dapur, panaskan susu bersama vanilla. Tak perlu didihkan cukup suam-suam kuku gitu. Perlahan-lahan campurkan ke dalam campuran telur tadi sambil mengacau bancuhan.

4. Tuang bancuhan kastad ke atas karamel tadi. balut dengan aluminium foil.

5. Dengan suhu 160 d masak puding tadi selama 60 minit. 30min pertana dengan api atas bawah dan selebihnya apai atas sahaja. Pastikan bekas puding tadi di letakkan dalam bekas lain yang berisi air ya, jangan lupa tu... *proses stim namanya nihhh* Seperti gambar di bawah.


Siapppp... Heheheh hehhhh... Senang ajaaa... Nak tau apa lagi lepas tu??? Aku belasah buat resepi sesuka hati noksss... Nama pon main 'boh' ajaaa... Apanya??? Method yang sama tapi Aku buat 'suku' aja sebab nak 'testing-power'.. Makanya sukatan pon jadi suku lahhhh... Resepi tu Aku namakan dia Egg Pudding with Honey. *cheeewwwaaahhh...*


Apa rasa dia??? Macam rasa karamel puding lah lebih kurang tapi kurang manis sebab pakai honey. Errr... Macam Tau-Fu-Fa perasa gula putih pon haderrrr... Sedap jugaaaa... Aku 'prefer' yang ni sebab kurang manisnyaaa.. Baik untuk kesihatannn.. Chee cheee cheeehhhh...

Resepi dia lagi mudah. Follow aja resepi di atas tapi tolak bahan nak buat karamel, itu aja. Nak makan masa tu tuang la honey atas kastad tu sesedap rasa. Hihihihiiii... Cuba lah kalau nak tauuu!!!!



Monday, 5 November 2012

Saturday - unplanned LAKSA GORENG TUNA

Ahad. Since En Suami kena kerja, makanya tidak dapatlah nak ke pasar. Janjinya hujung minggu depan baru bleh gi 'borong' segala mau nyaaaa.. Eseeehhhh... Lama sunggoh rasanyaaaa.. Aku dah abes idea nak masak apa nih..

Setakat nak bagi makan kat suami dan anak-anak bagi Aku tu 'small-matter' aja sebab selera memasing Aku dah arif. Sementahnya lagi tiada saper pon yang cerewet.. Al-hamdulillah.. TAPI, masalahnya cuma Aku KALUT betol kalau tetiba datang tetamu lalu tiada apa yang mampu nak Ku hidang kannn.. Rasa macam tak best wehhh!!!

Rumah Kami since masih adanya Arwah, memang selalu jadi 'port' melepak. Makan-makan merupakan aktiviti bersama. Tak kesah lah siapa masak, pot-luck or delivery sahajaaa.. Memang meriah!!! Now, Aku plak suka memasak, lagilah rasa best sebab ada orang yang tolong 'perabih'!!! Ngehh hehhh hehhhh... Siyez!!!! Seronok tau tengok orang makan habis nieh!!!

The day before, Sabtu contohnya, masak simple sangat for lunch. Jangan tak tau anak-anak punya 'feberet' ialah SAMBAL!!! Tak susah la nak kena masak lain-lain jenis lauk yer tak??? Aku masak cukuop-cukop aja.. Malam nanti plan nak makan luar lah kononnyaaa.. Tetiba, datang tetamu.. Along anak-beranak cucu-cucu satu Naza tuh haaa.. Alohaiii... Camner nih???

Telor dadar, ayam sambal(belen semalam), teggiri masal lemak ciliapi, ayam goreng, ulam timun jepun dan fruits

Namapon 'luch-time'.. Sure tengah lapar. Baru balik dari si Daniel punya 'school-event' plak tu dengan penatnyaaa.. MMmmmm... Terpaksa lah makan apa yang ada-maaf la yaaa.. But Aku 'kompom' diaorang tak kenyang sebab kena 'catu' makannn.. Iskkk... Kesiannn...

Borak-borak kejap kasi 'drag' diaorang untuk minum petang. Sambil-sambil ke dapur tu Aku jengah fridge-ku tinjau bahan. Khahaha hahahaaa... Cover-line wehhh... Apa jer yang ada??? Mee laksa sebungkos??? All of sudden ada idea nak masak apa.. Pantas dan mudah ajaaa.. Sedap pon sedap la jugakkkk...

Laksa Goreng ber-TUNA

Wooohhhoooo!!! Have you all tried this??? Well, my mum's actual receipe guna pakai udang, sotong, ayam segala. Fresh vegies juga. But as for me, apo yang hado yo lahhhh... Taste like 'kuey-teow' goreng pon hader because of the texture mee tuhh.. Errr.. Ladna-taste pon lebih kurang sama.. Haaaa... Nak resepi??? Keep on reading yerrr...

Makannya sewaktu masih panas hokehhh.. Baru sedappp... Tak perlu tunggu lama, habes licin kau Mak dan Apak budaknya makan.. Anak-anak sebok dengan 'games' alih-alih makan 'nugget' ajaaa.. Boleylaaa... Alas perot.. Dinnernya, lagi senang.. 'Hoder' sruh Dominos deliver ajerrkkk..

Hahahah hahahaaaa... Malas ler tuhhh.. Malas nak 'defrost' kan bahan mentah!!! Tak kuasa kau!!!!

"Tu lahhh.. Lenkali nak datang bagi la tauuu... Seb baek ada mender nak makan.. Kalau tak, mahap lerrr.. Biskot kering je la dapattt..."

Kan, laki Aku dah membebellllll.... Nah, amek resepinyaaa.. Campak-campak ajaaa!!!! Ngeeee...

LAKSA GORENG TUNA

Sebungkus Mee Laksa dicelur (bukan mee beras yaaa..)
3 sudu makan cili blend
Kicap manis
Serbuk Lada Sulah
Tuna in Water setin
Mixed-vegies dalam secawan
1 biji Bawang merah sedang dihiris
2 ulas Bawang Putih dihiris
Serbuk perasa Ayam
1 biji telur
Sedikit air


Cara-cara:

1. Tumis segala bawang sampai naik bau kemudian tumis cili blend hingga garing. Masukkan tuna kemudiannya. Hancurkan tuna sewaktu tumis dalam beberapa minit kemudian baru masukkan vegies.

2. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk melembutkan vegies tadi bersama serbuk lada sulah dan perasa ayam. Jika perlu sedikit garam.

3. Masukkan mee laksa yang telah dicelur. Jika kering masukkan sedikit lagi air bersama kicap manis dalam anggaran 5-6 sudu makan.

4. Adjust rasa masin dan manis ikut selera masing-masing dan akhirnya pecahkan telur ke atas mee. Gaul seketika hingga telor masak dan kemudian sedia dihidang.




Mudah kan???? Nak adjust bahan-bahan dalam mee pon hokeh.. Macam Mak Sentul, dia boh udang, sotong, ayam dan daging sama. Sayur pakai sawi dan tauge. Sama gak la cara nak masak 'kuey-teow' goreng. Cuma Mak tak buboh telor tu ajaaa..

Be creative wehhh... Tak salah mencuba!!!!


Friday, 2 November 2012

1st trial LEMONY-CHEESE CAKE (non-bake)


HOH!!!! What are you doing sayanggg??? Alohaiiii... Si dia ni la peneman setia-ku tiap malammm.. Teman mandi (jadi guard depan pintu bilik air) lah dia.. Teman tengok cerita Korea lah diaaa.. Teman layan FB la diaaa.. Teman kat dapor pon diaaaa.. Segalanya diaaa.. Adaaa ajaaaaa...

Ntah 'tebiat' ke hapa, malam semalam tetiba rasa nak makan cheese-cake. Bukak fridge semua bahan ada. Herrmmm... Canteeekkkk!!! Keluarkan apa yang patut, layankan cerita Korea dulu apa-apa hal pownn.. Last episod tu wehhhh.. Khahaha hahahahaaa...

Abes cerita kita teruskan projek la apa lagikkkk... Bapak dan dua anaknya yang lain dah masok bilik dahhh.. Tinggal kitaorang berdua jerrkkk.. *biasa la tuhhh...* Zap zup zap zupppp... Siapppp!!!! Kejap ja sebab resepi mudah hasil 'google' kat 'tenet'.. Sampai kat Aku yang main CECAMPAK ni lagi lah tambah senang wehhh...


Mudah dan simple!!! No need to bake wehh... Simpan aja dalam fridge abes citer.. Aku boh kat tempat ais@freezer sekejap sebab nak bagi dia 'firm' lebehhh. Sebabnya Aku kira topping cheese Aku tuh terlebih 'whipping cream' kot??? Ntah lerrr..

No worries bebehhh.. Bukan buat untuk dijual kenzzz.. Hahahha hahahaaa...Dah beku tuh ngko boh ler kat tempat biasa dalam fridge korang tuhh.. Siap sedia dah untuk 'dilapah'!!!! Meh kita kerojer kan dieeeeee...


Can do lahhhh... Sap-sap-soi jerk.. Bahan-bahan pon mudah nak dapekkkk.. Meh, Aku bagi 'sinopsis' sket lebih kurang. Nak 'folo' sila ajaaaaa...

Untuk 'base' korang cuma pakai MARIE-BISCUITS yang falava biasa tu aja dengan sekeping BISKUT PING-PONG. Why?? Ada la nanti mix-flava lemak manis dan masinnyaaa.. Quantity Ku kira setelah di'crumble'kan adalah dalam anggaran 4 cawan gitu. No need to crumble kan hancur-hancur. Kekasar sket baru sedappp... Gaul bersama 250g BUTTERCUP separa sejuk. Kasi mesra sket lebih kurang dah la, kendian mampatkan dia dalam bekas pembakar. Sepadat-padatnya tauuuu!!!

Bakar dalam suhu 125d selama 10minit centu haaa.. Sejukkan sekejap atas meja tuh.

Dalam satu bekas, putar 2 cawan WHIPPED CREAM hingga kembang bersama 1/2 cawan CASTOR SUGAR. Dah kembang secukupnya, dengan menggunakan spatula pula campurkan 400g CREAM CHEESE yang telah dibiarkan pada suhu bilik bersama 2sudu besar LEMON JUICE. Kuap balik kuap balik kasi mesra. Sebati orang kata.

Lambakkan mixture cheese tu tadik atas 'base' yang dah sejuk. Ratakan pehtu masukkan dalam fridge. Kalau rasa adunan tak keras sangat, masukkan dalam 'freezer' buat beberapa jam. Anytime boleh aja dimakan selepas ituuu... Rasa dia lagi 'mabelez' wa cakap luuu... Dah macam Ice-cream Cake pon haderrrr...

Haishhh!!!! Tulis ini aja dah buat Mak terliur semula aihh...

Makan dulu lahhhhhh... Ngeeee....

Wednesday, 31 October 2012

Simple BAKED-CARBONARA Recipes


MMMmmmm... Yummmehhhhh!!!! Terasa lagi lemaknya rasa kat tekak ni haaa.. Meriah dengan segala macam 'cheese' tauuu... *nak ngata gemok la tuhhh...* Apa saja lah labuuu... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perot senang lah hati. Haiii, gendut la sangattttt.... Ngeeee...

Well, memang sedap carbonara sauce kan. Memana pon kalau 'hoder' semedang ja sedap. Tak sedap kalau dah sejuk laaa.. Nak muntah rasanyaaa.. Betol tak??? Dapat plak tang tak sedap tu, memang nak kena hempok!!! Tawar la bagai... Rasa susu ja la pulakkkk.. Haish.... Why not kita 'terai' buat style kita sendrik??? Sah-sah ikot tekak memasing suka hati Mak Bapak nak buat camna yer tak??? Hahahah hahahaaa...

As usual, resepi Mak main cecampak ajaaa... Panaskan olive-oil dalam 3 sudu makan lalu tumis 2biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Dalam seminit dua masukkan udang dan crab-stick. Paling best kalau dapat fresh crab-meat dan sotong skalik. Perghhh!!! Tapi, tu aja bahan yang Aku ada wehhh... Sotongnya dah buat masak kicap daaa...

Agak-agak udang dah tukar kaler oren, masukkan sekotak kecik 'cooking cream'. Aku agak dalam secawan gitu laaaa... Perasakan dengan white-peppers dan juga black-peppers. Garam jangan la plak lupa nak boh sama. Kuah pekat so masukkan setengah cawan air lagi bersama semangkok markaroni yang siap direbus. *Aku sukat pakai mangkuk Tau-fu-fa kat pasar malam tuh ajaaa..*

Nak cantik masukkan hirisan daun bawang sket. So adalah kaler hijau di situ haaaa... Tutop api masukkan pulak 'mixed-cheese' dalam dua genggam. Hahahah hahahaaa... Amek kau, Aku dah sukat pakai genggam segala la plakkk... Nak boh banyak pon, ikot suka lahhh... Mak tak laranggg...

Masukkan dalam bekas pembakar *Aku masuk dalam bekas foil yang nak buat mix-fruits cake tu ajaaa..* lalu bakar selama 20minit api bawah dengan suhu 125d sahaja.

KKAACCCHHHIINNNGGG!!!! Dah siapppp... Nak makan time, ngko panas kan ajaaa.. SSEEEDDDAAAAPPPPpppppp.....

Senang aja kan resepinya??? Aku suka 'baked' sebab kalau nak siram-siram kuah ni lecehhhh.. Sememehhhh... Hihihhii hhiihihih... *malas tu cakap jer laaa...* Ya adik-adik dan kakak-kakak makcik-makcikkk... Kalau MALAS, tiru macam saya!!!!! Yezzzaaaa!!!!

Monday, 22 October 2012

PAVLOVA - my first and last


Huh... Ini la 'las-kopek' Aku telan untuk hari ini... SEDAP??? Oiittt, sendiri buat mesti ler sedappp.. Nggeeee... *masuk bakul angkat sendiri plakk..* Sunggohhh!!! Aku rasa sesapa yang buat sendrik takkan rasa tak sedap lah!!! Sebab senang ja nak buattt..Lain ler kalau ada yang terkurang OR terlebey gula.. Naseb...

BUT, let this be the first and last time la tros-terang Aku bagitauuu.. Sesenang mana pon cara nak buatnya *sebab bahan-bahan dia mudah nak dapat*, Aku tak sangggooopppp lagi dahhh!!!! BERE-JAM nak tunggu siap aihhh!!! Adoaiii... Nak 'ngabeskan' keeejjjaaaappppp jerrkkk... Now only I know, why people 'opt' or choose to buy directly from cake-house atau yang seangkatan dengannyaaaa...

Asal cerita nak buat 'graduation-cuppy' for Adam. Flashback kat SINI. Tapi tak sempat nak carik cokelatnya untuk hiasan nuhh.. Takmo la buat cuppy simple ja. Tu yang ntah camner TER-buat PAVLOVA. Hehehe heheheee...


Pepaham jer la budak-budakkk... Taksah kalau tak 'ngaco' ehh.. Tak kesah la janji bekas bekas tu bersih licin sebab 'menjilat' kerjanyaaaa.. Hahahah hahahaaa.. *ngotorrrr...* Senang sket kerja nak mencuci lepas tuhh...

Meh follow my method hokehhh...


Before in the oven
After.

4bj putih telor dalam suhu bilik dipukul kembang dalam bekas bersih. Bersih maknanya tiada air dan habuk segala. Dah kembang masukkan gula kastor dalam 1/4 cawan dan pukul lagi kasi mesra. Masukkan secamca kecil vanilla dan pukul sampai likat-likat gitu. 

Bila patut berhenti??? Try terbalikkan mangkok atas kepala. Kalau tak ada bancuhan yang 'pelepop' jatuh atas kepala, tu kira ok dahhh... Hahahah hahahaaaa.. Pehtu dengan menggunakan 'spatula', gaul perlahan sesudu besar tepung jagung bersama secamca kecil cuka makan. Sebatikan perlahan-lahan.

Atas dulang pembakar, alas dengan kertas minyak dan 'tepek' kan bancuhan atasnya. Mak tak guna pon kaedah 'buat bulatan' tuu.. Malassss.. Pastikan ia tak leper sangat dan tak tebal sangat jugaaa.. Sedang-sedang gituuu...

Preheat oven dalam 150d selama 10minit. Nak masak turunkan suhu ke 100-120d dengan menggunakan api bawah dalam 1jam 5minit. 20minit terakhir tu boleh la tukar pada penggunaan api atas dan bawah serentak. Nak tau dah masak ke belom??? Dah ler tuh bila ada ropa 'hangus' keperangan sket tuuu.. Luar keras tapi bila tekan tekturnya lembutttt..

Burnt a bit..
Biscotti.. :P

Ini batch ke 2 tau yang mana Aku ter'lebey' bakar. Keras la jadinyaaa.. Tapi sedap aja sebab dah macam biskut plakkk.. Errrr... Tak baik membazir orang kata.. Takkan nak buang yer tak??? So Aku makan yang size kecik tu ajaaa... Yang besar tu Aku still guna sebab nak buat pavlova ni kena buat 2lapis baru sedaaaapppp... Dun worry so much sebab bila dah kena whipped-crean tu dia kan lembut la balikkk...

YYUUUmmmmm...
YYUUUmmmmmiiieeehhhhh...

Untuk hiasan, perlukan fresh-fruits such as seedless-grapes, strawberry and kiwi. Tapi selepas makan Aku berpendapat KIWI is the best!! Make sure masak ranum dan manis tauuu...


Cara-caranya adalah dengan memukul 2 cawan whipped cream bersama 2sudu gula kastor hingga kembang. Lapisan pavlova pertama di bawah lalu lapiskan dengan setengah cream tadi. Susun buah-buahan sedikit dan lapisi dengan pavlova ke dua di atasnya. Ulangi langkah yang sama. Like mine, Aku memang 'murah' dengan whipped-creammm... Orang tepek-tepek bahagian tengah atas saja. Aku dah macam cream-cake pulak ropanya aihhh!!! Abes berlumuran whipped-cream!!! Like I said, JANGAN MEMBAZIR! Ngeeee...

Well??? Senang jerrkkk... Tapi Mak tetap tak kuasa nak tunggu lagikkk.. Imagine 1st bancuhan amek masa 1jam lebey. Campor masa bancuhan ke dua?? Nak sediakan bahan dan nak cuci bagai???? ARRGGHHHH!!!!

TOBATTTT!!!!!

Friday, 19 October 2012

Masak&makan guna SOS PLAM @ PLUM SAUCE

Bebola Ayam Bersama Sos Plum

Pernah cuba SOS PLAM@PLUM SAUCE??? Entah 'tebiat' ker hapa, Aku main 'sauk' ja sos ni sebotol. Lama dahhh.. Tiba ternampak dalam lemari tu, Aku keluarkan. Bedek punya bedek, haram Aku taktau nak buat apa lorhhh... Tengok Exp Date??? Eh, boleh agikkk....

Katanya dibuat sos mencicah. So, Aku 'terai' la rasa hujung jari. AYAAAARRRKKK!!! Masam nyaaa!!! Cuka kuat tollll!!! Abeh camner nih??? Takkan nak buang??? Idea... Ideaaa..

Minggu sudah Aku ada 'gatal' tangan buat bebola ayam sendirik. Pakai ayam cincang jerkkk.. Campor serbuk lada putih + lada hitam +garam sket +t elor sebijik+ serbuk roti sket, pehtu Aku salut dengan cornflakes. Malang tak berbau, HANGUS kau sket masa goreng tuhhh.. Hamek!!!

Api besar gamaknya kot??? Ntah?? Resepi sroh ngko bakar dalam oven yang ngko pepandai goreng watper??? Hahahha hahahaaa... Padan ler muka.. Tapi 'can-do' la jugakkk..


Nampak memula cantekkk na kan??? Cornflakes tu patutnya kena hancurkan lagi, tapi Mak malehhh.. Hahaha hahahaaa... Dah goreng ropa dia jadi brown macam nak ke hangus. Rasa hangus tu si cornflakes tuhh.. Dah Aku tak tengok api, tu la jadinyaaa..

Mana pic hangusnya??? Ya hado nak 'snap' eh!!! Dah lepas ke mulot masok perot dalam hangus-hangus tu tauuu!!! Bertambah agikkkk!!! Takat cicah dengan tomato sos jerkkk..*dasar tekak dinasour la katakannn...*


2nd time tuh yang Aku 'olah' sket.. Resepi 'tibai' orang kata!!! Khahah hahahaaa... Ayam Cincang dalam sebungkus + Serbuk Lada Putih + Serbuk Lada Hitam + Serbuk Roti sesenduk + Garam sket. Bulat-bulatkan lepas tu salut telor dan lumur kat Tepung Jagung dan goreng!!!

Macam Pop-corn nugget rasa diaaa... Makan gitu pon sodap!!! Macam gaya si 'menit' ni ha yang tak 'nyompek' na laiii...

Nomm nomm nommm...
Lagi dan lagiii....

Alohai anak omakkk!!! Tak terkato eh?? MMMmmm... Tak 'nyenyuman' kato nenek!!! Hihihiii hiiiii... Yang lenlain makan ler dengan nasik pepanas tuh.. OOOpppssss!!! PLUM SAUSCE wehhh.. *lupa kenapa????*

Bahan Plum Sos

3 sudu makan Plum Sos
Secubit garam
Secubit gula
Air dalam 1/4 cawan
Hirisan halia
1 sudu teh jus lemon
Bijan

Panaskan aja semua ni kecuali bijan. Itu hanya hiasan yang perlu ditabur masa menghidang yerrr.. Anyway, korunk kena la 'adjust' sendiri rasa nya tauuu.. By rite semua rasa kena 'hder' laa.. Masam, manis, masin dan pedas halia tuhh.. Tepuk dada tanya selera!!!

Mived salad dressing
BBuuurrrpppp....

Sos Plum ni pon kita bleh buat 'salad-dressing' tauuu.. Sedap ajer dek Aku!!! Salad simple ja.. Jagung Rebos + Mixed Salad *beli kat Supermarket tu..* + Hirisan Epal Merah + Hirisan Daun Kobis + Kismis.. Makan la sama bebola tadi dengan sos dia.. Perghhh!! Macam 'omputeh' lak rasanyaaa..

Kwangg kwangg kwanggg...

Berani coba????

Coba lahhh......

Thursday, 18 October 2012

GRADUATION-DAY for ADAM - soonnnn...


YEEAAYYY!!!! Adam nak 'graduate' dah ker???? Kejapnyer la anak Ibu yang sorang ni besarrrrr.. Next year dah masok Darjah Satu!!! Tak caya.. Tak cayaaa... Still tak percaya!!!!

This SUNDAY bertempat di WETWORLD SHAH ALAM Tadika Minda Kendiri akan HARI ANUGERAH / HARI KELUARGA ke 9 tahun 2012. Waaahhhhh... Harap meriah la hendaknya macam tahun 2010 dulu tuhhh... Happeningggg sangattt.. Masa tuh Aku tak dapat nak 'follow' sebab tengah 'berpantang' kan si Alif ni ha laaa... This year, Insya-allah Ibu tetap nak pergi walaupon terpaksa 'hangkot' Aidil dan Alif sekalikkk...


Pic ni masa Adam umor 4thn. Dah 'graduate' ponnn... Walaupon 'tipu-tipu' ajer. Khahah hahaha hahahaaa... Seronok bila tengok pics dan video yang sempat Bapak dia rakamkan masa tuh. Kali ni apalah agaknya acara-acara bakal dibuat eh??? Jengg jengg jenggg...

Aku paling tak sabar nak tengok budak-budak ni 'perform' la apanya lagikkk.. Sure tonggang-langgang!!! Mau pecah-pecah perot ketawa sampai kuar air mata ye tak???? Hehehhe heheheee... Mengenangkan tu aja dah buat Aku senyum sesorang niehhh..

Sementara nak nunggu this SUNDAY, meh ler kita layan pic tahun 2010 punya duluuu... Saja nak 'flashback'... Ngeeee... Memula acara bebudak laaa...



Untuk 'orang tua' pon ada gak acaranyaaaa... Hahaha hahaha hahaaaa... Belasah!!!





Tetiba ada MASALAH plakkkk...


Berapa hari je lagi tinggal lagi untuk Aku sediakan bahan untuk buat ni??? *kononnya laaaa.....*

OWHHH NO!!!!


http://manjuseatingdelights.blogspot.com/2012/05/red-velvet-cupcakes-for-graduation.html

MMMmmmm... So delicious!!!! Tempting la wehhh... Siyessss!!!!

google

Tak pon ini haaa... Nampak macam sonang ja tuhhh...







ERRRRR... Nak de-dua skalik buleh tak agak-agak??? Ahaks!!!

Ngko tu rajin sesangat kah??? Haaaa??? Haaaa???

Saper nak jawabkan tuh???