Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Friday, 24 February 2012

Cara Didik Anak-anak



SSSEEEJJJUUUKKKK PEROT IBUUUU.....


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



Sumber: FB

Tuesday, 3 January 2012

FUN-TIME!!! Curve Mutiara Damansara - Smaland IKEA & KIDZ ART'NFUN ZONE

WWWOOOHHHOOOOO!!!! Sempat agikkkk nak suka-suka yea... Takper la Adammm... 5hb kang dah mula sekolah dah.. Ibu dan Bapak kasi 'chance' lagi sekali la hokehhh... Bapak tu pon nak 'release' kesedihan akibat kematian Ikan Kaloi kesayangannya pagi tadikkk... (pity Bapak sebab tahan sobb soobbb sobbb...)

Plan asal nak pergi 'daftar' si Adam ni laaa... Dah masok 'lunch-time' baru nak pergi??? Hahahahaaa!!! Of coz la kena 'bebel' dengan my S-I-L.. Nak tau apa dia kata??? "Orang kalau nak daftar kena datang pepagi sebelum tengahari!!! Sedara tak sedara... Datang balik 4hb nanti - PAGI-PAGI hokehhh..." Adoaiii!! Amik ko kannn... Tau la 'kindergarten' tu Mak Long ko punya Adam oiii... Sesuka hati jer ekkk... (garuk la kepala tu sendrikkk...)

SO??? Apa nak buat sebab dah 'bersiap-bagai' ni haaa??? Jaaalllaaannnn je laaa.... (Aku suka tuhhh....) Ke mana??? Memula nak ke OU tapi malangnya.... JAMMED!!!! Parking manjangnyer la FULL!!! Alih-alih ke IKANO@IKEA... Jammed juga tapi kitaorang 'smart' skettt..

Pendekkan cerita kitaorang dapat 'parking' baekkk punya dalam COURTSMAMMOTH punya 'building' yang besar tu... Line clear beb dari terpaksa 'bergasak' mencari tempat lain nak park..(kalau ikot bergasak sama ntah jam baper dapat park gamaknyaaa..gila!!) Murah ja parking-fees dari tghari tu bawak ke malam adalah rm3.. Siap ada 'link-bridge' agik nak ke Ikano building tu haaa.. SONANG!!!

Buat apa ke sana??? Jennn jennnn jengggg.... Carik tempat for kiddos have fun lerrr... At first Kami ke SMALAND-the magic forest kat Ikea tu.. Tapi Alif tak dapat nak 'joint' abang-abang dia.. Kesian nengoknyerrr... Tak caya layan kan aja gambor-gambor ni dulu...


Tak kesian ke tengok nyerrr??? Abehhhh, Kitaorang tinggalkan abang-abang dia kat sana kejap.. Pergilah 'merayau' Kami bertiga ni dari dok menunggu centu ja khennn.. Tup-tup terjumpa ada satu lagi tempat untuk budak-dudak ni nal main kat tingkat atassss tu haaa sebelah kedai pets. Huh!! Rush la apalagi pergi mngambik budak-budak tu semula!!! Dalam pada tu kitaorang sempat 'posing' kat display-items IKEA yang ada sepanjang jalan tuuu... Hahahhaaa.. Dasar weh!!!


Dah posing lebey kurang Kami gegas ke atas.. Nama tempat tu KIDZ ART'NFUN ZONE. Budak-budak kena bayaw rm12 satu kepala (parents free..) lalu dipakaikan 'wristlet' macam ni haaa...


Boley la beb... Nak ajak main kat Taman musim tak menentu.. Hujan la.. Panas laaa... Bahaya pon juga satu halll... Takper la kena 'bayar' pon sebab bukan selalu. Kalau selalu MAMPOS la poket aihhh!!!!

Sebenarnya kat OU tu ada gak satu..(nak ke sana la awalnya tuhh tadi sebenarnya...) Lupa pulak nama dia apa sehh.. Opposite Pizza-Hut nu haaa.. Kena bayar gak pon lupa berapa tapi kalau selalu pergi automatik kita dah ada 'record' dalam system dia so next time datang ada potongan harga.. Yang tak best mak-bapak kena bayar gakkk... Hehehheee.. Rules dia kita kena pakai 'socks' and 'no-out-side foods'.. Don't worry!!! Next time kalau dapat singgah sana tu nanti kita hapdet yaaa... OOpppsss!!! Layan la pics masa kat Kidz Art'n Fun Zone tu yeee...


Puas hati lah!!! Penat memang tak hengat!! Tapi berbaloi-baloi!!!! En Suami pon tros lupa pasal KALOI nya yang dah mati tu ha!!!! Ngeeee....  Sat gi nak 'hapdet' pasal KALOI En Suami lah pula... Kesiannn kat dia... Untuk kenang-kenangannnn.... (ngader...)


Psssttt... Mak over kenzzz dalam video nihh.. Ngeee...





Thursday, 17 November 2011

KUMON anyone???

All of sudden nak cerita pasal KUMON. Elleehh... Mentang-mentang la sis-in-law sendiri jadi 'instructor'.. Tak malu wehh!!! (eh biar lah!!! nak tolong promo tak leh???)Fist of all, nak la cerita sikit pasal KUMON ni ha.. Kita main 'copy and paste' je la ekk.. Senang kerojer... (malas la tuhh...)

The Kumon Method is an individualised learning method. The starting point for each Kumon student is determined individually. Students start with the level where they can attain a perfect score by studying on their own. 


The worksheets have been designed in a way that allows students to figure out how to solve problems on their own. If students continue to study at their own pace, they will catch up with their school grade level and eventually advance far beyond it.

Ada faham ka???? Khahahahaahahaa...Apapon for further info, sila lah layari link bawah ini:
http://my.kumonglobal.com


Semua ni adalah pic masa Adam memula start masuk KUMON. Ya memang betul tentang 'individualised learning method' tu.. Adam started to adapt sooner after that day.. Adam suka pergi KUMON because kat sana dia dapat 'full attention' or 'guidance' daripada 'teacher'... Semua budak rasanya suka macam tu, ye tak??? Sementah di rumah Ibu tak punya  banyak masa nak senggang-senggang bersendirian  bersama macam tu selalu.. (maaf yaaa...)

Owhh ya.. Ada satu lagi link kalau nak tengok:

http://www.weboonline.com/KumonREADY/webAbout.php

 KUMON FOSTERS: 
  •  A mastery of the basics of English and Maths
  •  Improved concentrations and study habits
  •  Increased self-discipline and self-confidence
  •  A proficiency in material at every level
  •  Perfomance to each student's full potential
  •  A sense of accomplishment

Well actually kan, around 2-3 years old lagi Adam dah 'expose' to 'kindergarden' milik Mak Long nya (my oldest sis-in-law..) So dia dah terbiasa dengan persekitaran yang membuatkan dia 'belajar' secara tak langsung. Malangnya he stopped at 5 years old when I quit my job bila dapat Alif. Kesian Adam yaa.. (jauh la Adam nak ngantorrr...)

Kerana tak mahu dia rasa bosan dan lupa, hantarlah ke KUMON pula for a change.. Only twice a week. Ikut hati mau hari-hari hantar pergi kelas tu. NOT BAD AT ALL!! Dia amik Maths and English..(memang tu jer la subjek yang ada pownn...) He tends to be more responsible bila masa nak buat 'homework' yang diberi (culas jugak tu kengkadang bila kala tak ada mood...)


mula lah 'kemalasan' di situ yaa...
Listening through the radio...
Banyaknya 'homework'.. TP sebenarnya setiap hari buat 1 jerrr...


My opinion la, KUMON atau yang sewaktu dengannya (Smart Reader laa..Genius Aulad la...ETC) yang sebenarnya sekadar membantu kita memantau perkembangan anak-anak. Oleh kerana kita tak punya waktu yang secukupnya untuk duduk bersama dalam melakukan hal-hal macam ni, inilah jalan penyelesaiannya.. Nak buat sendiri bukan senang tau terutama bagi yang berkerjaya.. Ikut kemampuan juga kalau nak menghantar mereka ke kelas-kelas begini. Macam Aku ni, kerana sis-in-law sememangnya seorang 'instructor' so takleh la kata apa.. Bersyukurrrr sangat la kheennn... Al-hamdulillah..

Macam-macam 'comment' yang Aku dapat di internet pasal KUMON. Ada positif juga negatif. Pucuk pangkal diri sendiri. KUMON membuat Aku 'punya masa bersendiri' dengan Adam biarpon tak lama mana dalam sekitar 1jam sehari.. (pon culas jugakkk...ahaks!!!) Dalam tak sedar sebenarnya ia turut 'guide' Aku agar peruntukkan sedikit waktu untuk Adam. Perhatian-bukankah itu yang anak-anak perlukan daripada kita ibu-bapa mereka?? Siapa lagi nak 'support' mereka kalau bukan kita???



Esok, lusa, tulat..Aku tak pasti sama ada akan selamanya dengan KUMON kerana sistem pembelajaran di sekolah yang sedia ada kan berlainan. Takut nanti berlaku 'kekeliruan', manalah tahuuu... Some student yang ada aku tengok OK jer.. Minat kottt??? MMmpphh... Hopefully Adam akan terus berminat dengan KUMON. Aku tak melarang.. Terfikir juga untuk mencuba 'method' yang lain dengan 'fresh environment' buat Adam. Malah aku 'berangan' mau hire personal-tutor untuk anak-anak di rumah suatu hari nanti.. JIKA ada 'rezeki lebih' atau 'mampu' sekurang-kurangnya.. Insya-allah..IF NOT, nampak gaya Aku sendiri harus menjadi 'tutor' mereka..(itu yang Aku sedang gigih mencuba sekarang ni sb tau di mana tahap kemampuan ekonomi tu... huuhuhuuu...)

Sessi 'hafalan' perkataan sambil dengar radio.. Mula belajar 'bunyi' huruf...
Sekarang ni Adam mula menghafal perkataan sesuatu objek without seeing the pic.. Dalam pada itu belajar how to pronounce setiap huruf..(tak tau apa ke namanya method tuee...) Mana-mana tadika sekarang mula mempraktikkan perkara yang sama berbeza dari masa kita dulu.. ABC senang jer siap bleh nyanyi-nyanyi lagii..

 
Masih ada yang salah tu ya.. Hiihihihi.. Maaf la sebab Aku pon baru mula belajar juga!!! Susah la jugak nak mengingatnya sebab dah terbiasa dengan kaedah lama kheenn... DAN sangat 'mencabar' juga bila nak mengajarnya.. Tahap kesabaran harus JITU ya sekalian.. PADU gituuu... Ahaks!!

LAST BUT NOT LEAST, kita sebagai Ibu dan Bapak kena mainkan peranan dalam PEMBENTUKAN dan PERKEMBANGAN anak-anak kita sendiri. Kita tidak boleh bergantung harap 100% pada orang asing untuk melakukannya untuk kita. Luangkan masa bersama-sama biarpun sekejap akan lebih mengeratkan kemesraan (itukan phsyco namaya...), Insya-allah..

DAN jangan pula kita terlalu mendesak anak-anak agar memperolehi tahap pencapaian yang kita inginkan. Should try to understand more and inspired them agar lebih berminat dan cenderung dalam apa yang mereka pelajari setiap masa. Lakukan bersama, jangan lupa.. Cuba cari jalan or learn how to educate our child wisely. Apa gunanya 'internet' zaman sekarang??? In one click, semua ada depan mata!!!

I'm still in the learning process. Cuba untuk menjadi sebaik mungkin DAN memberi sebaiknya juga.. Insya-allah... For those yang ingin mencuba 'method' ni, sila lahhh.... Tak rugi mencuba dari tak tau apa-apa!!! Assalammualaikum...

P/S: My sis-in-law punya centre adalah di TMN SRI GOMBAK. Sesaper near by nak have a try kindly tgk link ni. Details semua di situ..