Friday, 27 January 2012

MATA - owwwccchhh!!!!


AHHHAAA!!!! Pernah dengar kan pepatah ni... DARI MATA TURUN KE HATI.... Cheewaaahh!!! Tiba nak citer psal mata yerrr... Yo lah!!! Sebabnya, tetiba lah jugak eden setat balik ni ha memakainyerrr.... Azam baru kononnn....

Nak beli ot try yang mahal-mahal, KEDEKUT!!! Hahahhaaaa... Tak mampu la derrr... Try jer la yang boleh.. AFFORDABLE katanya.. So Aku survey punya survey akhirnya Aku pilih brand SAFI yang sah-sah HALAL...

1. KRIM KONTUR MATA - Safi Rania Gold



Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khusus untuk bahagian sekeliling mata yang sensitif. Ia memperbaiki struktur kulit, mengurangkan tanda pembentukan garis halus dan bebayang hitam di sekitar mata.


Mengandungi bahan aktif yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam.

 
2. KRIM KONTUR MATA - Safi Balqis Perfect 10



Struktur kulit di sekitar mata amat halus dan sensitif serta mudah terjejas akibat sinar UV.


Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 megurangkan lingkaran gelap dengan formula ringan dan cepat meresap tanpa menyebabkan pembentukan bintik minyak di bawah mata.



As for ME guna yang No 1 tu laaa... Yang No 2 tu sesuai untuk mereka yang ada masalah BINTIK MINYAK di bawah mata.. Atau namanya OIL GLANDS under eyes.. How it looks??? Lebey kurang cenni haaa... Ada yang sizenya besar-besar dari ni pon haderrr...


Ini normal pada Aku tapi kalau nak 'obvious' tak mo la khennn... HARUS berbuat sesuatu!!! Sebenarnya kita tak boleh letak krim muka pada mata tau-baru Aku tau!!! Sebabnya kandungan minyak dalam krim muka lah yang jadi penyebab utama masalah ni... Krim mata kandungannya lebih ringan tak sama macam krim muka.. Esseehhh!!! No wonder la...

Dalam pada tu ada jer PETUA yang boleh dipakai guna kalau nak jaga mata kita neh.. Tak susah mana pownn sebab bahan-bahan sumer ada dalam lemari dapor nu haaa... Korang sure tau punya lah tetapi rata-rata antara kita ni MALAS nak membuatnyaaa.. Hahahhaaaa.. Tergolong lah jugak Aku tuuu...

  • AIR BATU - tuam dekat mata selama mungkin.
  • TEH UNCANG - yang dah habis pakai punya yaaa..suam-suam letak pada mata sambil tido
  • TIMUN - hiris nipis letak pada mata sambil baring-baring


Sekian.

3 comments:

  1. nk tnye la,,bintik minyak bawah mata tu mksudnye bukan skadar itam bwh mate,,tp ade bentuk ye ? mksudnye itam bwh mate tu besa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lingkaran hitam bawah mata is totally different dengan minyak bawah mata tu dear. lingkaran hitam kat mata tu nampak macam 'mata panda'. Minyak bawah mata tu kita akan perasan macam ada 'bintil-bintil' kecil kalau tak serius. kalau serius ianya besar dan ada antaranya dah jadi macam kantung kecil. Kalau size kecik warnanya sama dengan warna kulit tp kalau besar ada kelainan sikit. U boleh google cari info selebihnya.

      follow me at http://si-adamaidilalif.blogspot.com

      tq

      Delete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p