Showing posts with label New Year. Show all posts
Showing posts with label New Year. Show all posts

Wednesday, 14 November 2012

Selamat Tahun Baru - MAAL HIJRAH 1434


Assalammualaikummm... Esok dah masuk Tahun Baru Islam kita. Cuti lagiii.. Semalam cuti esok pon cuti lagiii... Sakannn.... Tapi kami kat rumah jerr.. Semalam buat 'spring cleaning' kesemua bilik yang haderrr.. En Suami kena kerja so Adam la yang banyak bantu. En Suami tolong akhir-akhir.. Mekasihhhh...

Esok pon En Suami kerja jadi apa lagi nak buat ya??? Apakata kita tengok TV Sambutan Maal Hijrah ndak?? Nak tengok mereka-mereka yang menyertai Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434 Hijrah/2012 secara LIVE kat Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 8 pagi tu tidak la dapek nak nolongggg... MMmmm... Tv pon TV lahh..

Tau apa tema kita kali ni tak?? Aku baru 'google' tadi sat. Tema kali ini adalah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Nak beri pendekatan, panjang berjela plak lah.. So, korang KLIK aja untuk maklumat selebihnya. Interesting!!! Believe me...

Hari ini segala catatan amalan kita ditutup n di "angkat" kpd Maha Pencipta kita ALLAH SWT. Lalu di ganti dgn "buku catatan amalan" yg baru. Sebelum catatan amal itu ditutup, minta maaf lah ya kepada rakan-rakan yang kenal atau pun tidak. Kita cuma manusia biasa tak lepas dari salah silapppp...




Mari kita bersama bacalah doa akhir tahun selepas Asar nanti dan diikuti doa awal tahun selepas Maghrib. Sayangnya, kerana Aku 'bercuti' makanya baca dalam hati sahajaaaaaa laaa.. Lalala lalalaaaa...

"Barang siapa yg memperingatkan bulan Zulhijjah kepada saudara semuslimnya maka api neraka diharamkan menyentuhnya"

( Rata-rata Facebookers akan mendapat message sebegini, begitu juga saya. Mujur seorang hamba Allah menyedarkan saya akan asal-usul Hadis ini dan sesungguhnya saya kurang arif. Namun, tujuan asal saya adalah untuk memperingati sesama kita, itu sahaja. Harap maklum. )

Salam Maal Hijrah buat semua. Moga kita beroleh 'kemenangan' di tahun mendatang, Insya-allahhh...

Baca-baca:
Makna Tahun baru Hijriah Bagi seorang Muslim dan Bagaimana Menyambutnya

Bahagian Satu
Bahagian Dua
Bahagian Tiga




Errr... Layan lagu Maal Hijrah, ndak??? Hahaha hahahaa.. KLIK kan ajaaaa....




Monday, 2 January 2012

NEW YEAR 2012


HAPPY NEW YEAR SEMUAAA!!!! Sempat lagi kheeennnn... Tak terlambat sehhh... Apapon sebut ja 'tahun baru' sudah semestinya semua akan 'menanam' azam baru juga ye tak??? And hopcoz la rata-rata nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya juga!!! Same goes with me dear all...

Orang tetua kata, barang yang lepas jangan dikenang-kenang!!! Move foward!!! Apa yang kurang kita masih berupaya 'memperbaiki' lagi tahun ni.. Apa susahhh!!! The time won't stop just for you anyway!!! Sila 'jalan' terus hokehhhh!!!

Apa azam Aku??? Tak perlu susah-susah... Biasa-biasa jaaa.. Macm yang Aku POST kat FB tuuu...
"Sy ingin lakukan lebih baik serta xtra +tive dlm hidup. ingin lebih membahagiakan keluarga. ingin baby gurl-twins. ingin berjasa pada ibu sblm terlewat. ingin kurangkan pembaziran masa,tenaga&harta pd hal yg tak berfaedah. ingin kembali manja&sygkan diri ini. ingin lebih berkasih-syg. ingin lebih bykkan ketawa.ingin haiwan peliharaan. ingin L. Anda??"
Babu ge-gurl TWINS tu yang tak tahan derrr... Hahahhaaaa!! Weyyyy... Mana korunk tahu kan kalau dah namamya REZEKI!!! Mak ada 'twins-blood' tauuu... Hahahahaa... Both side agikkk... (gelakkk jangan tak gelakkk nokkksss...)

Apa yang Aku buat pada malam New Year Eve??? Lepak ARMADA buleh??? En Suami punya last-minute idea la ni gara-gara nak tengok 'fire-works' punya pasal.... Well, Mak follow ajaaa... We had 'dine-in dinner' with kiddos and later tercongok tepi window tunggu jam 12tgh malam.. (act En Suami layan bola malam tu-padan muka kalah!!!)

Agak-agak dapat tak tgk 'fire-works' tu dari sini???
Biasa la....
Anak-anakkk...
Ibu dan Bapak punyerrr...
Jaauuhhhh... BB tak 'clear' benor pic nyaaa...
Esok pagi jalan 'lengang' beb!!!!

Kan Aku dah kata... Biasa jaaa!!! Tapi 'tensen' gak la malam tu sebab 'fire-works' tu main kat tepi building kami ja sebenarnyaaa... Camner nak tengok!!! Nampak bias-bias kat cermin building FUJIFILM tu jaaa.. Laannnsssiiiyyyaaawww!!!!


01/01/2012 buat apa pulakkk???? Takkan semua nak cerita wehhh... Shorten the story Kami 'merayap' hop cozzz... Last destination adalah rumah Mak di Sentul. Orang tua tidak dilupa. Rezeki lebih kita bahagi-bahagikan walaupon tak banyak mana... Itukan antara Azam Thahun Baru Aku: Ingin lebih berjasa kepada orang tua.. Al-Hamdulillah!!! Terima kasih En Suami kerana memahami..

Next 'story' kena tunggu la yeaaa.... Assalammualaikummmm....

Saturday, 26 November 2011

MAAL HIJRAH 1433



ASSALAMMUALAIKUMMM...Al-hamdulillah kita semua Umat Islam akan menyambut tahun baru Hijrah 1 Muharam esok bersamaan 27hb November 2011. Sebagaimana yang semua maklum hari Awal Muharam amat bermakna bagi kita semua bagi memperingati penghijrahan NABI MUHAMMAD S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada 622 Masihi. Tujuan penghijrahan adalah untuk terus menyebarkan ajaran Islam itu sendiri. Penyebaran ajaran Islam telah banyak terjejas akibat ancaman orang Arab Quraisy. Hijrah ini merupakan satu strategi penyebaran dengan aman. Hijrah ini membolehkan masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Petikan dari : WIKIPEDIA




 Mari kita amalkan doa-doa ini moga-moga hidup kita lebih dirahmati. Insya-allah.. Berniatlah dan berazam demi kebaikan kita Umat Islam Sejagat... Berhijrah lah kita bersama-sama..





"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrahkepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 100)

P/S: Ingin mengambil kesempatan memohon maaf jika ada terbuat salah silap , terkasar bahasa dan sebagainya... Selamat Tahun Baru Semua!!!