Friday, 2 November 2012

1st trial LEMONY-CHEESE CAKE (non-bake)


HOH!!!! What are you doing sayanggg??? Alohaiiii... Si dia ni la peneman setia-ku tiap malammm.. Teman mandi (jadi guard depan pintu bilik air) lah dia.. Teman tengok cerita Korea lah diaaa.. Teman layan FB la diaaa.. Teman kat dapor pon diaaaa.. Segalanya diaaa.. Adaaa ajaaaaa...

Ntah 'tebiat' ke hapa, malam semalam tetiba rasa nak makan cheese-cake. Bukak fridge semua bahan ada. Herrmmm... Canteeekkkk!!! Keluarkan apa yang patut, layankan cerita Korea dulu apa-apa hal pownn.. Last episod tu wehhhh.. Khahaha hahahahaaa...

Abes cerita kita teruskan projek la apa lagikkkk... Bapak dan dua anaknya yang lain dah masok bilik dahhh.. Tinggal kitaorang berdua jerrkkk.. *biasa la tuhhh...* Zap zup zap zupppp... Siapppp!!!! Kejap ja sebab resepi mudah hasil 'google' kat 'tenet'.. Sampai kat Aku yang main CECAMPAK ni lagi lah tambah senang wehhh...


Mudah dan simple!!! No need to bake wehh... Simpan aja dalam fridge abes citer.. Aku boh kat tempat ais@freezer sekejap sebab nak bagi dia 'firm' lebehhh. Sebabnya Aku kira topping cheese Aku tuh terlebih 'whipping cream' kot??? Ntah lerrr..

No worries bebehhh.. Bukan buat untuk dijual kenzzz.. Hahahha hahahaaa...Dah beku tuh ngko boh ler kat tempat biasa dalam fridge korang tuhh.. Siap sedia dah untuk 'dilapah'!!!! Meh kita kerojer kan dieeeeee...


Can do lahhhh... Sap-sap-soi jerk.. Bahan-bahan pon mudah nak dapekkkk.. Meh, Aku bagi 'sinopsis' sket lebih kurang. Nak 'folo' sila ajaaaaa...

Untuk 'base' korang cuma pakai MARIE-BISCUITS yang falava biasa tu aja dengan sekeping BISKUT PING-PONG. Why?? Ada la nanti mix-flava lemak manis dan masinnyaaa.. Quantity Ku kira setelah di'crumble'kan adalah dalam anggaran 4 cawan gitu. No need to crumble kan hancur-hancur. Kekasar sket baru sedappp... Gaul bersama 250g BUTTERCUP separa sejuk. Kasi mesra sket lebih kurang dah la, kendian mampatkan dia dalam bekas pembakar. Sepadat-padatnya tauuuu!!!

Bakar dalam suhu 125d selama 10minit centu haaa.. Sejukkan sekejap atas meja tuh.

Dalam satu bekas, putar 2 cawan WHIPPED CREAM hingga kembang bersama 1/2 cawan CASTOR SUGAR. Dah kembang secukupnya, dengan menggunakan spatula pula campurkan 400g CREAM CHEESE yang telah dibiarkan pada suhu bilik bersama 2sudu besar LEMON JUICE. Kuap balik kuap balik kasi mesra. Sebati orang kata.

Lambakkan mixture cheese tu tadik atas 'base' yang dah sejuk. Ratakan pehtu masukkan dalam fridge. Kalau rasa adunan tak keras sangat, masukkan dalam 'freezer' buat beberapa jam. Anytime boleh aja dimakan selepas ituuu... Rasa dia lagi 'mabelez' wa cakap luuu... Dah macam Ice-cream Cake pon haderrrr...

Haishhh!!!! Tulis ini aja dah buat Mak terliur semula aihh...

Makan dulu lahhhhhh... Ngeeee....

1 comment:

  1. huwaaaa...sakit ati nengok! lama x mkn cis kek cenggini.

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p