Wednesday, 18 January 2012

Rehsia GLOWY-KURMA MERAH aka RED DATES

Sebenarnya dah terlalu lama Aku tinggalkan AMALAN sejak zaman 'anak dara' lagi nihhh... Sekarang baru nak 'setat' balik.. Banyak kebaikannya. Nak cerita karang takut berjela. So, Aku 'google' jer yang 'sahih' yang mana korang boleh 'refer' balik kendian kalau tak percaya... 
--------------------------------------------------------
 

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.


Petikan dari: CINA ISLAM
-----------------------------------------------------

Amalan Aku senang jaaa... Tujuannya kalau tak silap jugaklah adalah untuk membersihkan darah, Jika amalkan selalu nanti muka kita jadi 'kemerah-merahan' nampak GLOW gituwwwrrrr... Menghangatkan badan juga kalau diminum suam-suam. Banyak cara camner nak membuatnya agar SEDAP.




Mulanya sudah pasti kena REBUS KURMA MERAH tersebut yaa.. INFO: nak taste kurma paling sedap,sila beli di kedai ubat cina tauuu.. Kat Pasaraya tu TIPU sebab rasa dia kureeennnggg manis lol...
 

My style just campak-campak ja dalam periuk tu haaa.. Tapi ada step lain untuk rasa lebih enak iaitu dengan membelah kurma tu kepada dua atau empat bahagian. Barulah PATI dia yang manis tu keluarrrr...



Dah boiled baru ler masuk dalam gelassss... Kalau masak banyak boleh masuk dalam 'flask' simpan untuk minum sepanjang hari. Takder la nak masak bebanyak kali hehhh...(Aku buat centu masa kerja opis doluuuu...)

Cara nak minum??? Since kurma tu dah manis 'originally' Aku rasa no need additional sugar. Kalau mau juga Aku prefer tarok ROCK-SUGAR. Letak sikit ja untuk rasa 'manis-manis buah' tuuu... Macam Aku tadik Aku camporkan sama GREEN-TEA untuk kesan lagi POWER!!! Cheewwaahhh!!! Makanya banyak la sket 'benefits' yang mendapek kat haku ni haaa... Tamak la pulakkk!!!! Ngeeee....



Hari ni stock rock-sugar tak haderr.. Aku tukar pada alternative laennn.. HONEY!!! Aku pakai MADU KAMPONG tauuu.... POWER meletop-letop!!! POP POPP POPP!!! Hahahahaaa... Percaya la munyik melatop tuu... Bebenornya lepas minum tu korang akan SWEAT-ing abehhh lencunnn!!!! Macam gaya orang lari berpagar 400m tu haaa... SERIUS weh!!!!

Ada juga cara lain.. Nak tarok MADU LIMAU bulehhh... Letak LONGAN KERING pon bolehhh.. Jangan letak SUSU jerr takot muntah belahak plak karanggg...

Apalagikkk??? Terai lerrr.....

2 comments:

  1. shima, yg ni cam menarik je. jap..kurma tu beli kt kedai sensei cina ke? ckp kt dia kurma merah?

    ReplyDelete
  2. Ha'ah nilll...RED DATES omputeh kata...Beli skali dgn longan kering dan juga gula batu tauuu.. Perfect combinationsss...

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p