Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

KE DUA KALINYAAAA.....


Ahad lepas Al-hamdulillah dapat lepaskan hajat nak tanamkan Pandan di pusara Ayah. Kunjungan yang lewat gara-gara ada perkara yang tak dapat dielakkan. Terima kasih En Suami. Tiada apa yang dapat membalas segala apa yang telah awak lakukan untuk Kami.

Masuk kali ke dua tidak dapat beraya bersama Ayah dalam masa setahun pemergiannya. Terasa sangat bila sepanjang dalam tempoh itu macam-macam berlaku pada Kami adik-beradik. Sedih sangat kerana kalau Ayah ada, kemungkinan besar semua perkara tersebut takkan terjadi. Dan kalau Ayah masih ada, tentu Ayah kecewa. Maafkan Kami Ayah. Maafkan Angah.

Tak perlu nak disesali dan Ayah tak perlu risau lagi kerana walau apa pon hidup harus diteruskan jua. Mungkin dah tersurat nasib Kita begini. Redha saja lahhh... Mungkin ada hikmah sebalik segalanya dan Angah memang sedar itu sekarang. Angah cuma doakan Ayah tenang di sana. Dan selalu berharap dapat bertemu Ayah walaupun sebentar dalam mimpi kerana Angah rindu sangattttt.. Rasa macam nak peluk Ayah lama-lama sebab itulah perkara yang Anagh tak buat selama ni..

Selamat Hari raya Ayah. Maaf Zahir Batin.

Friday, 20 April 2012

Setahun TANPA Ayahhhh...

Hari ni Kalau Arwah Ayah masih hidup, umor nya pasti genap 65 tahun. Tapi Allah S.W.T lebih sayangkan Ayah.. Selang 3 hari nanti pulak genap 1 tahun Ayah meninggalkan Kami semua.. Sebak hati ini bila kenangkan macam-macam perkara yang telah berlaku dalam tempoh ketiadaan Ayah. Sesal yang tak berpenghujung.... Berapa banyak pon air mata yang menitis  dan betapa kesalnya yang dirasai, takkan mampu mengubah apa-apa. Kesalnya Aku sebab tak jadi anak yang baik selama ini. Maafkan Angah wahai Ayah..

Angah doakan Ayah aman di sana. Angah akan cuba jaga Mak dan Erin sebaik mungkin. Biarpun hubungan dengan adik-beradik lain agak renggang tapi Angah akan pastikan ianya takkan putus!!!! Itu janji Angah Ayah.... Insya-allah.. Moga Tuhan memberkati... Amin..

Untuk Ayah - Al-Fatihah...