Monday 22 October 2012

PAVLOVA - my first and last


Huh... Ini la 'las-kopek' Aku telan untuk hari ini... SEDAP??? Oiittt, sendiri buat mesti ler sedappp.. Nggeeee... *masuk bakul angkat sendiri plakk..* Sunggohhh!!! Aku rasa sesapa yang buat sendrik takkan rasa tak sedap lah!!! Sebab senang ja nak buattt..Lain ler kalau ada yang terkurang OR terlebey gula.. Naseb...

BUT, let this be the first and last time la tros-terang Aku bagitauuu.. Sesenang mana pon cara nak buatnya *sebab bahan-bahan dia mudah nak dapat*, Aku tak sangggooopppp lagi dahhh!!!! BERE-JAM nak tunggu siap aihhh!!! Adoaiii... Nak 'ngabeskan' keeejjjaaaappppp jerrkkk... Now only I know, why people 'opt' or choose to buy directly from cake-house atau yang seangkatan dengannyaaaa...

Asal cerita nak buat 'graduation-cuppy' for Adam. Flashback kat SINI. Tapi tak sempat nak carik cokelatnya untuk hiasan nuhh.. Takmo la buat cuppy simple ja. Tu yang ntah camner TER-buat PAVLOVA. Hehehe heheheee...


Pepaham jer la budak-budakkk... Taksah kalau tak 'ngaco' ehh.. Tak kesah la janji bekas bekas tu bersih licin sebab 'menjilat' kerjanyaaaa.. Hahahah hahahaaa.. *ngotorrrr...* Senang sket kerja nak mencuci lepas tuhh...

Meh follow my method hokehhh...


Before in the oven
After.

4bj putih telor dalam suhu bilik dipukul kembang dalam bekas bersih. Bersih maknanya tiada air dan habuk segala. Dah kembang masukkan gula kastor dalam 1/4 cawan dan pukul lagi kasi mesra. Masukkan secamca kecil vanilla dan pukul sampai likat-likat gitu. 

Bila patut berhenti??? Try terbalikkan mangkok atas kepala. Kalau tak ada bancuhan yang 'pelepop' jatuh atas kepala, tu kira ok dahhh... Hahahah hahahaaaa.. Pehtu dengan menggunakan 'spatula', gaul perlahan sesudu besar tepung jagung bersama secamca kecil cuka makan. Sebatikan perlahan-lahan.

Atas dulang pembakar, alas dengan kertas minyak dan 'tepek' kan bancuhan atasnya. Mak tak guna pon kaedah 'buat bulatan' tuu.. Malassss.. Pastikan ia tak leper sangat dan tak tebal sangat jugaaa.. Sedang-sedang gituuu...

Preheat oven dalam 150d selama 10minit. Nak masak turunkan suhu ke 100-120d dengan menggunakan api bawah dalam 1jam 5minit. 20minit terakhir tu boleh la tukar pada penggunaan api atas dan bawah serentak. Nak tau dah masak ke belom??? Dah ler tuh bila ada ropa 'hangus' keperangan sket tuuu.. Luar keras tapi bila tekan tekturnya lembutttt..

Burnt a bit..
Biscotti.. :P

Ini batch ke 2 tau yang mana Aku ter'lebey' bakar. Keras la jadinyaaa.. Tapi sedap aja sebab dah macam biskut plakkk.. Errrr... Tak baik membazir orang kata.. Takkan nak buang yer tak??? So Aku makan yang size kecik tu ajaaa... Yang besar tu Aku still guna sebab nak buat pavlova ni kena buat 2lapis baru sedaaaapppp... Dun worry so much sebab bila dah kena whipped-crean tu dia kan lembut la balikkk...

YYUUUmmmmm...
YYUUUmmmmmiiieeehhhhh...

Untuk hiasan, perlukan fresh-fruits such as seedless-grapes, strawberry and kiwi. Tapi selepas makan Aku berpendapat KIWI is the best!! Make sure masak ranum dan manis tauuu...


Cara-caranya adalah dengan memukul 2 cawan whipped cream bersama 2sudu gula kastor hingga kembang. Lapisan pavlova pertama di bawah lalu lapiskan dengan setengah cream tadi. Susun buah-buahan sedikit dan lapisi dengan pavlova ke dua di atasnya. Ulangi langkah yang sama. Like mine, Aku memang 'murah' dengan whipped-creammm... Orang tepek-tepek bahagian tengah atas saja. Aku dah macam cream-cake pulak ropanya aihhh!!! Abes berlumuran whipped-cream!!! Like I said, JANGAN MEMBAZIR! Ngeeee...

Well??? Senang jerrkkk... Tapi Mak tetap tak kuasa nak tunggu lagikkk.. Imagine 1st bancuhan amek masa 1jam lebey. Campor masa bancuhan ke dua?? Nak sediakan bahan dan nak cuci bagai???? ARRGGHHHH!!!!

TOBATTTT!!!!!

No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p