Thursday 18 October 2012

EASY-made CHEEZZYYY ROTI BURGER TELOR


Suatu pagi.

"Apalah yang Ibu masak kat dapor tuh???"

"MMMmmmm... Sedapnya bau... Macam roti telor lahhhh..."

"Kenapa rupa dia macam ni Ibu???"

HHHHaaaaa... Tu la dialog pagi-pagi dengan bebudak ni haaa.. Kita sebok sediakan 'breakfast' untuk diaorang, banyak plak 'songeh' nya haihh.. Penat Ibu kerah idea hari-hari pikir nak masak apa untuk bagi korang makan tau takkk.. Itu yang tetiba 'idea' datang pagi tu. Just because takmo bazirkan roti yang nearly nak 'expired' sudaaa...



Tak susah pon bahan-bahan dia. Cuma kena ada bahan-bahan utama iaitu:

ROTI BURGER 4 ketol (belah 2 tapi tak putus yaa..)
TELOR 3 biji (dadar dan perasakan)
MIXED CHEESE (jenis selalu guna kat Pizza tuhh..)

Nak buat pon senang jugaaaa.. Buat macam masak Roti Telor. Rendam Roti Burger dalam bancuhan Telor, kuap balik kuap balik goreng dengan sedikit minyak. Dah masak letak atas kitchen towel paper untuk serap lebihan minyak.

Tunggu sejuk jap, pehtu taburkan Mixed Cheese tu merata ikot suka hati. Lalu bakar plak beberapa menet dalam oven or microwave (mana ada laaa..) DONE!!!

Kalau nak buat ala-ala Pizza pown boleh ajaaa.. Sebelum letak cheese tu korang susunkan la hirisan hot-dog ka... tuna kaaa.. red peppers.. yellow peppers.. onion rings.. (waahhh...banyaknyerrrr...) kendian baru taburan cheese. PERRGGHHH!!!! Sumpah sedap!!!!

Tak percaya??? Tengok laaa...


Tak perlu masak bebanyak sebab satu set dah cukup mengenyangkan.. Aidil dan Alif share lagikkk... Ibu yang 'perot besaw' makan sampai 2 set. Huh, mengah!!!! Khahahah hahahaaa... (tipu jaaa...bukan makan sekali haronggg ponggg..)

Nak buat makan pagi bulehh, makan petang bulehhhh... SUPPER lagiii bulehhhh!!!!

Meh cuba mehhh... Meeehhh....

Minummm duluuu....

1 comment:

  1. cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip,tuto,cerita pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p