Tuesday 4 September 2012

KE DUA KALINYAAAA.....


Ahad lepas Al-hamdulillah dapat lepaskan hajat nak tanamkan Pandan di pusara Ayah. Kunjungan yang lewat gara-gara ada perkara yang tak dapat dielakkan. Terima kasih En Suami. Tiada apa yang dapat membalas segala apa yang telah awak lakukan untuk Kami.

Masuk kali ke dua tidak dapat beraya bersama Ayah dalam masa setahun pemergiannya. Terasa sangat bila sepanjang dalam tempoh itu macam-macam berlaku pada Kami adik-beradik. Sedih sangat kerana kalau Ayah ada, kemungkinan besar semua perkara tersebut takkan terjadi. Dan kalau Ayah masih ada, tentu Ayah kecewa. Maafkan Kami Ayah. Maafkan Angah.

Tak perlu nak disesali dan Ayah tak perlu risau lagi kerana walau apa pon hidup harus diteruskan jua. Mungkin dah tersurat nasib Kita begini. Redha saja lahhh... Mungkin ada hikmah sebalik segalanya dan Angah memang sedar itu sekarang. Angah cuma doakan Ayah tenang di sana. Dan selalu berharap dapat bertemu Ayah walaupun sebentar dalam mimpi kerana Angah rindu sangattttt.. Rasa macam nak peluk Ayah lama-lama sebab itulah perkara yang Anagh tak buat selama ni..

Selamat Hari raya Ayah. Maaf Zahir Batin.

1 comment:

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p