Thursday, 5 July 2012

Nisfu Syaaban - ku


Bulan penuh sunggoh malam semalam. Menandakan pada Maghrib nya (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban. Kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Peringatan untuk diri sendiri juga. Aku bukannya sempurna tetapi wajar kiranya untuk kita saling mengingati. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut KLIK SINI. Insya-allahhhh... Moga beroleh Ilmu sewajarnyaaa..

"Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)"




Oh ya.. Aku berpuasa hari ini. Dugaan nya... Tuhan saja yang tahu!!! Washing machine buat halll lak tetiba.. Terpaksa mencuci pakai tangan ni haaaa... Sabor yo lahhh!!! Macam 'neng' la plak rasanyaaa... Hahahah hahahaaaa...

En Suami yang izinkan Aku berpuasa hari ni pulak dengan baik hati 'tapau' kan Nasi Kukos feveret-ku untuk berbuka tadi.. Mekasihhh... Berbaloi-baloiiii... *tak dapat nak habeskan ponnn....* Sebuuuu....


Lanjutan sesiapa yang membaca, Maaf kan KAMI dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala terlebih terkurang jua. Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p