Friday 20 July 2012

ESOK PUASAAAAA!!! (tips untuk anakkkk...)

Al-hamdulillah... Syukur sangat nonton berita semalam malam bila pengumuman dibuat mengatakan Puasa jatuh hari Sabtu.. Esok ler tuhhh... Hati berbunga riang. Tambah lagi bila Adam berura-ura nak puasa samaaa.. Double happiness!!!

Nak story pasal puasa untuk kita yang tua bangka ni, gamaknya dah biasa. Basi sudaaa... So this time Aku sunggohhhh nak cerita perihal anak-anak yang baru nak berpuasa. Puas Aku google sini sana wehhh.. 1001 macam cerita dan gaya!! Macamana lah gamaknya si Adam ni nanti.. Huish!! Tak sabor!!! Salah satu yang paling Aku suka baca adalah di SINI

Doa Puasa

Doa Berbuka


So far, Adam tiada masalah nak bangun awal untuk ke sekolah. Tang makan yang susah sket sebab dia sedikit cerewet. Bukan 'choosy' amender tetapi dia akan stick to apa yang dia suka makan. Telur.. telurrr... telurrr.. Nampak gaya kena phsyco la dia paksa makan supaya tak lapar nanti...

Bapak akan ajar dia doa puasa dan berbuka nanti. Insya-allah.. Harap dia boleh ingat doa-doa tu dalam beberapa hari nanti. Doa makan Adam dah tauuu so itu no problem. Kat sekolah pula harap mak Long merangkap Pengetua akan beri tunjuk ajar tentang makna puasa pada anak murid. mak Long dia memang straight sket pasal nihhh.. Bulan puasa memang tak dibenarkan bawa segala macam bekal ke sekolah wehhh... Gooodddd!!!

Meanwhile, Kami Ibu dan Bapak akan pelan-pelan ajar Adam maksud puasa tu sendiri. Semalam Aku cuma sempat kata gini kat Adam:

" Kalau Adam puasa penuh, nanti masa berbuka boleh la duduk makan bersama. Bukan macam dulu bila Adam tak puasa yang mana Adam kena duduk kat living room tengok aja Kami makan. "

Adam memang tak suka makan seorang.. Hahaha hahaha hahaaa... Phsyco ler namanya tuh ye tak???

google


How about bagi upah atau hadiah bagi anak-anak mereka yang berjaya menghabiskan puasa Ramadan? Ia bukannya melanggari syarak. Elok apa untuk kanak-kanak. So, ada lah juga habuan untuk Adam nanti... Shhhh... Mana boleh kasi tauuu... Miahahah hahahaaa... Sebab Adam pon tak tauuuu... Tak bagitau dia apa-apa pon lagi bab 'hadiah' yang menanti tuhhh... 'Seperaissss...' orang kata!!!

"RAMADAN ialah sesi persekolahan dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa. Ia juga satu kesempatan yang telah diberikan oleh Allah kepada ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan yang salih dan salihah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6.
Banyak amalan yang boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dalam mendidik anak pada Ramadan. Antara yang menjadi amalan ialah dengan mendidik anak yang kecil berpuasa. Hukum berpuasa bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak-kanak yang sudah mumayyiz dikira sah puasa mereka apabila ia berniat puasa pada malam hari, walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya."
Insya-allahhh....

2 comments:

  1. aku suke bc blog ko.byk info especially on beauty dll jugak.da la aku ni mls nk tgk2 blog org. :) slmt berpuasa shima!

    ReplyDelete
  2. Selamat posa utk kamooo jugaaa... alahhhh... mana yang nak share boleh share.. x rugi.. untung apatah lagiii... Niat baik nak semua org yang tak tau jadi tauuu.. ye tak??

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p