Thursday 22 December 2011

Ayam Masak Halia - aku punya style lah!!!



AYAM MASAK HALIA

Bahan- Bahan :

2 ketol Dada Ayam [potong kecil dan basuh bersih]
1/2 cawan air [bancuh 1 s/k tepung jagung ]
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/k serbuk lada puteh
1 pokok daun bawang [potong pendek]
1 biji buah tomato [belah 4]  *sy guna baby tomato sb comel*
Beberapa btng kacang peas [ikut suka] *karot atau sayoran laen pon ok*
Stock ayam pekat MAGGI *dalam botol tuu*
Minyak untuk menumis garam dan sedikit gula

Bahan Hiris :


Halia [ikut suka]
3 ulas bawang merah *sy guna stengah biji bawang kuning-sebab bawang merah dah abesss...*
3 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah [dihiris panjang]

Cara-cara :


Tumis bawang-bawang serta halia sampai layu
Masukan serbuk-serbuk lada *nak HOT buboh la banyakkk*
Masukkan ayam dan sedikit air
Perasakan
Ayam suku masak masukkan stock ayam *agak-agak laa*
Ayam 3/4 masak masukkan air *ikut suka nak berkuah atau tak*
Masukkan tomato dan kacang peas
Empok sket masukkan campuran tepung jagung *nak pekat kuah*
Tabor daun bawang dan cili
Adjust rasa ikut tekak sendiri

Kuah akan likat sb tepung dan rasa HOT dr pepper tu saja... Tak pedas mana pownnn...

Silalah cuba!!!

P/S: Sayor bleh tukar ikut suka contohnya bunga kobis ka..pucuk jagung muda kaa...brokoli ka...



http://izahdaut.blogspot.com/2011/12/ayam-masak-halia.html

Sebenarnya idea nak masak style ni adalah dari sini... Tapi Aku 'adjust' sebab itu je yang ada dalam fridge tu haaa.. Anyway nak kasi 'clear' pon sementah nanti Kami nak pergi 'holiday' kheennn.. Bab Sos Tiram tu memang aku terlupa nokkk!!! (tak suka pon yaaa..hihhiiii...) Tapi korang nak try style yang diberi okey gakkk.. Tak salah kann??? Try la link kat blog dia.. Macam-macam adaaa....


Bahan- Bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih] 
3 s/b sos tiram ] 
1/2 cawan air ] bancuh 1 s/k tepung jagung ] 
1 s/k serbuk lada hitam 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 
1 biji buah tomato [belah 4] 
1/2 btng carrot- ptng kecil 
minyak garam dan sedikit gula 

Bahan Hiris 
5 cm halia 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah 

Cara-Caranya Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan.

1 comment:

  1. Waaahhhhh!!! If berterusan ko asek post gambar makanan je, makin membuak la selere makan aku dowh .. perut asek mintak makan je, ish²

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p