Wednesday, 25 January 2012

Cuti-cuti CNY-eve 2012 Ke Cameron Highlands kita!!!!

EEELLLOOOWWW everyone.... Still dalam MODE: CUTI-CUTI kah???? Khahaha hahahaaaa.... Malas khennnn.. Tu lan naseb bek Aku ni dah tak bekojer yop... Cuti manjannngggg laaa... Ahaks!!! Kesian kat En Suami jer laaaa.. Kena kerja jugak!!! Sapa plak nak kasik makan nanti wehhh...

So apa citer best korang??? Sure 1001 macam lah ye tak.. Well, kitaorang biasa-biasa aja!!! Macam entry sebelum ni Aku dah mention nak ke CAMERON HIGHLANDS gituwwwrrr.. 1st time stay sana tau!!! Seronok ngalahkan bebudak!! Hahaha hahaaaaa...


We all stayed at STRAWBERRY PARK. Canteekkkk!!! Sesampai ja kami 'posing' tak hengat aih!!! Hahahhaaaa... Dah menjadik kebiasaan... Tak dapek nak elak!!! Pandai plak tu hero-hero Ku posing sama...*mana tak tumpah kuah tu ye tak kalau tak ke nasikkk...*

Kitaorang 'check-in' hari Jumaat. Alasan En Suami takmo 'berhimpitan' dengan mereka-mereka yang cuti btol-btol pada hari PH tu... Ye lah En Suamiiii... Sama jaaa sebab Jumaat kan hari cuti untuk mereka-mereka yang kat Pantai Timur tu haaa... Ramai jugakkkk orang nyerrr..... 2 malam tido sana, Ahadnya baru 'check-out'...


1st night tu Aku nyaris kena 'HIMPIT' masa tidor tau!!! Mujurlah Aku ada pengalaman kena 'HIMPIT' sebelum-sebelum ni haa.. Takder la 'seriau' sangat!!!! Baca la ayat apa yang patut kannn makanya tak sempat satu badan pun kena 'HIMPIT' nyaaa.. Al-hamdulillah.. Kalau tak maunya bermandi peluh nantiii.. Aku risaukan si kenit jaaa.. Budak-budak kan bleh nampak 'benda-benda halus' ni.. Takmo la plak tetiba 'malalak' tak pasal-pasal, dah satu hal pulaaa... Dah la sebelum tu pintu bilik seperti ada yang cuba bukak 2-3 kali.. Aiiii.. SERAMMMSSSS!!!!

Peliknya En Suami rilek ja bila Aku story kat dia esok paginya.. No wonder la wehh.. Penangan si OBAT BATOK katanyaaa.. Suweeyyy!!!! Padan la dari elok-elok tidor 'berdengkor' tu tetiba kejap ja senyapnyerrr... Hampeh!!! Cisss ciss cisss!!!! Dia pakat gelak lagi kat Aku ada la!!! En Suami kata: Lain kali jangan tidor telentang kat tempat kita tak biasa tidor..Ngiring sket...

Abeh cerita SERAMSSS... Cerita plak apa yang Kitaorang buat kat sana.. Buat apa??? Biasa jer laaa... Jalan-jalan.. Makan-makan.. Posing-posing... Shopping-shopping...*errrkkk...tak tinggalll...ngeee....*


Only one thing ja Aku REGRETED sesangat... Memborong kat Brinchang tu haaa!!!! Sempat rayau ke sana tapi sebab hujan tidakla turun 'jengah'... En Suami kata: Esok balik-time kita memang lalu situ masa balik nanti. Masa tu baru kita singgah.. Nak borong apapon bolehh!!! Ye laaa.. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan jua tentukan.. Redha jer la!!!WHY??? Masya-allahhhh... Ahad tu jalan nak ke atas ke Brinchang tu JAMMED sampai jalan pon macam kekura dowhhh!!! Owh tidakkk!!!! En Suami as the driver changed the plan.. Kitaorang amik laluan Tapah untuk pulang.. Lalu lah tempat air terjun tu haaa.. LATA ISKANDAR. korang tengok je la pic yang sempat Aku 'snap' ni haaa.. Gilesss ramai orang sehhhh!!!!


Sampai jer rumah , apa kerja Aku kalau nak tau??? MENGKETEDARAH la weyyy.... Khahaha hahahhaaa hahahaaa....





Penat TAPI seronok!!!!! I LOIIIKKKEEE!!!!!! 






Thursday, 19 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012!!!!!

Credit: http://www.viwawa.com/

SELAMAT TAHUN BARU CINA!!! GONG XI FA CAI!!! Sebelum Aku merapek, JOM usha ni kejap ekk... Info sesaja untuk bahan bacaan ringan atau nak tambah pengetahuannn...
 
Chinese New Year 2012 (according to the Chinese Zodiac) Year of the Dragon begins on January 23, 2012 and ends on February 9, 2013.

The year of the Dragon is the year for great deeds, innovative ideas and big projects. In this year success in particular can expect people who are dealing with finances. This will be advantageous time to begin new projects in business and social level.

The Year of the Dragon will bring the excitement, a big ups and downs in our lives. Only if we adjusted the ruler in the right way, we will be able to pick the most beautiful fruits that we could ever imagine.

Dragon gives happiness and success to all good and honest people. Also, those who have great talent. 2012 Year of the Dragon is favorable for the establishment of family, the birth of a healthy and smart children. During this period we should be bold and not humble.

 Sumber: http://www.superstitionsof.com/chinese-new-year-of-the-dragon-2012.htm

Aiiii.... Tak pahe maksudnya pergi lewrr bukak kamus yerr... Mak cuma bleh HIGHLIGHT ini ha: Black Water Dragon gives happiness and success, keeps the family and good people. 2012 Year of the Dragon favorable for the establishment of family, birth a smart and healthy children. During this period we should be bold and not humble. Makanya bleh ler 'menambah' agik??? *angkat kening berkali-kali sambil senyum kambing...ahaks!!*

WATEVA!!! Mak hengat nak CUTI jewrr.. Ngee.. Suker betol kalau cuti-cuti ni yaaa... Nak ke mana lagik khen kalau tak 'berjalannnn sakan'.... Takkan ler nak PERAP ja kat rumah ye takkk...For the past years Aku selalu buat ROMBONGAN CIK KIAH ke merata tempat. Started from last year aja semua tu stop.. Naper ek??? Ntah ler??? Infact, sampai la ni pon Aku heran apasal no more RMBONGAN CIK KIAH tu laaa... Errrkkk.. Aku lupa buat 'proposal' la weehhh... Biasa la kheennn.. Aku kan MASTERMIND nyerrr... Hihihiiii...

Masing-masing ada hal masing-masing. Kalau 'diaorang' mau for sure Aku akan diberitahu awal-awal.. Sooonnyyyaappp yo!!! Takder plan ler tuhhh... Tak kesah lah sebab inilah masanya untuk FAMILY-TIMES ye dakkk???



Last year kitaorang CNY kat Bukit Tinggi nu ha... This year pon sama gak nak 'daki' tempat tinggi lagikkk.. Ahaks!!! Mana??? Elehhhh... Tempat 'stoberi' banyak-banyak tuuuu... CAMERON HIGHLANDS.. WWWeeeee..... Bezanya this time kitaorang pergi sebelum CNY. Esok hari Jumaat pepagi nak bertolak ke sana. Alasannya, tak mo 'trap' dengan orang-orang yang nak balik kampong holiday tuhh... CNY nanti kitaorang sambong holiday kat KL lerrr... Sah-sah jalan LENGANG giler!!!! Merayap la lagikkk dengan bebasnya!!!! Hahahhaaaa....

Again Selamat Bercuti Semua!!!! Drive carefully!!! nanti kita 'story-mory' lagik yeahhh......STOBERIIII!!!! TUNGGGUUUUU!!!!!! *blweekkkk...*

Wednesday, 18 January 2012

Rehsia GLOWY-KURMA MERAH aka RED DATES

Sebenarnya dah terlalu lama Aku tinggalkan AMALAN sejak zaman 'anak dara' lagi nihhh... Sekarang baru nak 'setat' balik.. Banyak kebaikannya. Nak cerita karang takut berjela. So, Aku 'google' jer yang 'sahih' yang mana korang boleh 'refer' balik kendian kalau tak percaya... 
--------------------------------------------------------
 

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.


Petikan dari: CINA ISLAM
-----------------------------------------------------

Amalan Aku senang jaaa... Tujuannya kalau tak silap jugaklah adalah untuk membersihkan darah, Jika amalkan selalu nanti muka kita jadi 'kemerah-merahan' nampak GLOW gituwwwrrrr... Menghangatkan badan juga kalau diminum suam-suam. Banyak cara camner nak membuatnya agar SEDAP.




Mulanya sudah pasti kena REBUS KURMA MERAH tersebut yaa.. INFO: nak taste kurma paling sedap,sila beli di kedai ubat cina tauuu.. Kat Pasaraya tu TIPU sebab rasa dia kureeennnggg manis lol...
 

My style just campak-campak ja dalam periuk tu haaa.. Tapi ada step lain untuk rasa lebih enak iaitu dengan membelah kurma tu kepada dua atau empat bahagian. Barulah PATI dia yang manis tu keluarrrr...



Dah boiled baru ler masuk dalam gelassss... Kalau masak banyak boleh masuk dalam 'flask' simpan untuk minum sepanjang hari. Takder la nak masak bebanyak kali hehhh...(Aku buat centu masa kerja opis doluuuu...)

Cara nak minum??? Since kurma tu dah manis 'originally' Aku rasa no need additional sugar. Kalau mau juga Aku prefer tarok ROCK-SUGAR. Letak sikit ja untuk rasa 'manis-manis buah' tuuu... Macam Aku tadik Aku camporkan sama GREEN-TEA untuk kesan lagi POWER!!! Cheewwaahhh!!! Makanya banyak la sket 'benefits' yang mendapek kat haku ni haaa... Tamak la pulakkk!!!! Ngeeee....



Hari ni stock rock-sugar tak haderr.. Aku tukar pada alternative laennn.. HONEY!!! Aku pakai MADU KAMPONG tauuu.... POWER meletop-letop!!! POP POPP POPP!!! Hahahahaaa... Percaya la munyik melatop tuu... Bebenornya lepas minum tu korang akan SWEAT-ing abehhh lencunnn!!!! Macam gaya orang lari berpagar 400m tu haaa... SERIUS weh!!!!

Ada juga cara lain.. Nak tarok MADU LIMAU bulehhh... Letak LONGAN KERING pon bolehhh.. Jangan letak SUSU jerr takot muntah belahak plak karanggg...

Apalagikkk??? Terai lerrr.....

Tuesday, 17 January 2012

Sepintas Lalu Diari Kehamilan (Yang Paling Seksi)


  • Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan.
  • 28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.
  • Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara.
  • Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.
  • Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya.
  • Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.
  • Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.
  • Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.
  • Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang.
  • Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.
  • Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.
  • Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar.
  • Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat.
  • Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara.
  • Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.
  • Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.

    Sumber: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Preggy AIDIL

Preggy ALIF

P/S: Wanita yang PREGGY lah yang PALING CANTIK & SEKSI... Agreed!!!!

KEMBAR-info

Comeynyaaa....


1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

Sumber: PaMa

Teringat pulak kat MAMAT nih.. Assistant my S.I.L dulu kat KUMON. Mana ntah dia pergi.. LAWYER katanya sekarang.. Kembar kepada En Suami-ku... Ahaks!!! Yer ker serupa????

Biar betollll!!!!!

P/S: Belah En Suami dan belah Aku sendiri ada history TWIN-TWIN nieh.. Agak-agak 'chances' tinggi tak haaa???? Ngaderrrr....

BUDAK BOGEL


HEEYYY!!!! Anak saper la tuhhh... Pandai lak si kenit tu haaa.. SENSORED!!!! Hahahahhaaaaa... Adoaiiii!!! Pantang nampak air tau bebudak niehhhh... Yang abang tu tak padan dah besw pon ada hati mau 'swimming' gakkk.... Ya hado aihh!!!!

Masa kecik Aku pong centu gakkk... Bezanya Aku lebih suka time-time hujan.. Hahahhaaaa... Lawaks siott!!! Asal hujan je Aku hilang.. Dulu-dulu rumah lama atapnya zink. Mak ayah ada buat saluran tadahan air hujan masuk dalam tong besar yang sama tinngi dengan budak darjah satu aku rasa... Kat situ ler Aku 'mandi pancuran' sekaligus berendam dalam tong tu..Blupp Bluppp!!! Lepas tu 'berbirat' kaki Ku kena 'tibai' dengan Mak.. Ahaks!!!

Kenangan owh kenangan sehhh... Aku saja 'bogel' kan diaorang ni haaa.. Baru lah bleh jadi 'bahan lawak' esok-esok bila diaorang dah besaw!!!! Layankan ajerrrr.... Dan besaw sok mana buleh agik dahhh... (jangan monyetttt...)



Eiiiii...ANTUU!!!!!


KOROKMU!!!!
Mana ANTU pulakkkk... Aku la derrrr... Buat apa??? Hahahahaaaa... Tengah manje-manje kan dirik sendrikkk... Apply mask kat muka nih haaa....

Teringat masa zaman 'anak dara' dulu-dulu, rajinnnnn me-'mask'kan muker... Yelah kannn... Banyak na masa ye tak yeee.. Since dah kawen ni, tambah dengan anak yang makin bertambah... Boleh terlupa plak nak buat centu agikkk..

Sekarang, sempena azam baru kheennn... Mau tak mau Aku 'paksa' kan juga.. Saper xmo chantekkk youuu... SERONOK!!!! Dengan En Suami sekali 'joint' sekaki tauuu... Tapi tu jer la sekalikkk!!!! Hehehheeee.. Mau buat ler sendrikkk... *BLWWEEKKK!!!*

Apa yang Aku pakai??? Ni ha diaaa... Senang jer nak carik kar Farmasi nui haaaa. Baper hengget Aku dah lupaaa.. Ngeee... Cara dia: Sapukan amount yang mencukupi untuk 'cover' the whole face. Jangan nipis na or tebal. Agak-agak laaa... Pakai lepas muka dibersihkan tauuu.. Tunggu till kering-betol-betol kering!!! Sebabnya senang nanti nak 'peel-off' dengan sekali tarik hokehhh...


Apa faedahnya??? Kata nya yang tertulis kat botol tu, PEELS AWAY BLEMISHES. FIRMS AND REJUVENATES. Apa maksudnya??? Sendrik tengok 'dictionary' wokehhh... Hasilnya, my 'pori-pori' rasa bersih and pimples mana yang ada jadi kering instantly.. Bersih pasal apa tau??? Masa peel-off tu, kulit macam tersiat sama!!! Harr harr harrrr... Rilek beb... Ko gi belasah tarik kekuat watpernya (macam yang Aku buat memula lah-nyesal!!!) Tarik pelan-pelannn... Ko tengok ni lepas peel-off...


Hahahahaaaa... Bukan kulit muka kah itu???? Giles ko!!!! Ni la hasilnya kalau mask tu betol-betol kering di muka.. Sekali peel ja dia ikuttttttt tanggal tanpa terkoyak sana sini... Ingat!!! Pelannn-pelannnn... Pastu ko bedek kat mask yang tertanggal tu.. Macam En Suami banyak tol 'black-heads' yang terchabot!! Aku??? Bulu roma's ada lerrr... Khahahahaaaa...

Apakata korang try plakkk,ndak???? Abes sebekas ni Aku nak try yang lain plakkk... Sajerrrr!!!! Ni baru bulan Januariii... Desember jauuuhhhh agikkkk!!! Makanya banyak lagi ler Aku bleh try... Ahaks!!!!

Pancake (pstt..pst..rehsie tauuu....)


PANCAKE???? Apa yang bestnya??? Huh!! Mana korang taukalau Aku tak ceritaaa... Ada RAHSIA tauuu.. Tengok resepi dalam buku memang macam senang nak membuatnya.. Try tengokkkkk.... Hasilnya 1001 macam ada tahuuu...

Kita pakai SHORT-CUT je la k.. RAHSIA nya nak kasik penkek kita tu gebu adalah BUTTERMILK!!!! Seeedddaaappppp!!!!! Entah kali keberapa ni Aku camporkan serbuk koko untuk perasa sahaja... Nak masokkan stoberi blubery tak ada stok pula dalam fridge tuhhhh.... Ngeee... Nak tau camner Aku buat??? Sila followwwww.....

Bahan-bahan:
==============

Tepung Gandum    *agak2 dalam 2 cawan*
Bikarbonat Soda    *dalam 1 sudu teh*
Air                       *untuk cairkan adunan*
Buttermilk             *dalam 1 cawan*
Gula Perang          *secukup rasa*
Serbuk Koko          *dalam 2 sudu makan*
Sebiji Telur
Secubit Garam

(korang kena agak2 la sukatan tu..buat macam nakmasak cekodok bilis gitu cuma cairkan sket...)

Cara-cara:
============

Camporkan ja semua bahan dan pastikan bahan tidak terlalu cair atau pekat itu sahaja.. Masak di atas kuali leper yang tidak melekat atau letak sedikit butter.

Contoh hidanganKu sama Choco Syrup

Psttt... Makan panas-panas sama HONEY bulehh... CHOCO-SYRUP buleh... Campuran PEANUT-BUTTER sama CHOCO-SYRUP lagikkkk terbaekkkk!!!! Yummyuummm!!!!

Dolu-dolu Aku pakai susu dalam kotak tu jaaa... Hasilnya kureeennggggg... Rangop macam kerepek plakkk... Dah macam cekodok pon ada gak ropanyaaa.. Ahaks!!! Takperrr... Kita kena cuba banyak kali baru dapat tengok hasilnyaaa, kan??? So try la ekkkkkk.. Mana tau bleh dapat hasil lagi MANTAP dari Aku punya ni ha... Aku maen belasah ja !!!! Hahahahaaa!!! Masok mulot tros kenyang udah lerrrr.... Sempoiii!!!!

Wednesday, 11 January 2012

BABY-SIT Anak Orang....



Heeyyy!!! Apa kerja ko hah???? Mampos lak 'anak orang' tu kangggg.... Hahahhahaaaa!!! Sorry naik lorryyyy keyhhh.. Itu bukan I tauuu.. PROPA jaaa!!

Aku dah jadi BABY-SITTER sekarang dowhh... Not really A BABY la sebab budak tu dah sekolah dalam Tahun 1 ini tahun la.. Budak PEREMPUAN plak tu, jangan 'jelesss' ye nokkk!!!! Lama Mak ngidam nak ada anak 'pompuan' nieh tauuu.. Sekarang ni kita 'praktis' la dolu yeee... Khihihiiiii.. (apa-apa lah labu oiii...)

Anak saper?? Anak KAWAN la of cozzz.. Kalau tak Mak mana 'berani' nak jaga wehhh... Ingat senang-senang nak jaga 'anak orang' nieh??? Walaupon kita sedia kenal mak bapak budak tu pon STILL tak sama macam anak sendiri... Tak gitewww???? TAPI Aku biasa jerkkk... Aku 'tibai' mcm  anak sendrik jugak!!! Hahahah hahahahaa... Errrr jangan salah paham yerrr.. Bukan TIBAI yang 'membelasah' tu tauuu.. Aku anggap macam anak sendiri.. Tak ada beza cara layanan tu orang kata... Kalau beza pon, Aku sedikit 'berlembut' kheeennn sebab namapon budak perempuan..


Ni la muka NUR FATIHAH QARISZA maswa kecikkkk.. Comel kan??? Buas tau masa kecik nih!!! Garang yang amat!!! Tengok ler air muka dia tuhhh....




Ni plak masa dia dah besar.... Pandai POSE kalau nak tau.. Nampak ja CAMERA FLASH cepat-cepat berposing!!!! Pandai macam MAK dia jugak yang ala-ala 'retis' tuh haaa...Hahahahaaaa... Jangan mare yaaa....

So far Al-hamdulillah.. Tak la sesukar mana nak jaga TEHA nih... Macam MAK dia jugak la sangat pandai 'membawa diri'.. Tapi 'kepala batu' pon ada gak tempias sket dari MAK dia.. Khehehhehh hehehhh hehhh...(babab kanggg...) Aku pon ingat pesan my S-I-L supaya JAGA AURAT anak lelaki dan perempuan yang BUKAN MUHRIM. Insya-allah akan Ku ingat sentiasa batas-batas itu.. Kenalah mulakan dari kecik ni supaya tak susah kalau dah besar-besar sokkk...

Hero-hero ni bukan la main suker nya dapat KAKAK!!! Memanjang la jugak si Aidil dok 'tersasul' panggil si TEHA ni ABANG instead of KAKAK gara-gara berambot pendek.. Aidil ohhh Aidil.. Macam-macam hal!!! Tapi after few days dia dah ok dahhh... Teha pon syiookkk gak dapat geng nak main. Abes satu rumah 'kechah' tau!!! Apa lagi lepas tu, Mak punya 'pitching' pon going up to the max ler!!!! Amikkk kaww!!!


Best nengoknyer diaorang ni 'bersama'... Penat toksah cakap la sebab dah tambah sorang lagikkk.. Payah gak masa memula tuh sebab macam-macam nak kena plan balik.. Timing makan lah.. Timing tidor lahh.. Timing belajar lahhh... Timing FB-ing lahhh.. Timing itu ini lahhh... Adergghhh!!!! Now baru la terasa menjadi FULLY-HOUSEWIFE yang sebenar!!! Fuhhh!!! Mencabar wehhh!!!! But I am HAPPY to the max juger!!! Tak ada masa nak fikir mende lain dah.. Setiap masa amat berharga!! Chheewwaahhh!!!!






Semalam En Suami 'off' so dia tengok ler camner Aku 'handle' budak-budak' nieh... (yer ke Bapaknyer atau sebenarnya nak test Ibu???) Hehehehhhhh... Al-hamdulillah dari siang ke malam dia tak 'mention' apa-apa pon.. YEEZZZAAA!!!! Aku PASSS!!!! Mekasih BEE sebab understand me... Lap yiuwwww!!! Dalam pada tu 'kesian' si TEHA semalam sebab 'ketiduran' depan TV gara-gara penat bermain dengan adik-adikkk... Hero-hero dah masok bilik masa ni sama Bapak mereka. Tinggal lah kami berdua jer kat luar... Aku buat apa??? Tengok Teha ni tidor lerrr... Nggee!!!



Apa ke gaya tidornya tuh???? Anak Mak 'sejibik' betol tauuu!!! Tidor mengangaaaa!!! Harr har harrr!!! Ini la 'pe'el' sepesen Mak diaaaa... MMMppphhh...Suruh masok bilik takmo macam ni ler jadinyerrr.. Takperrr.. Sok Aku 'angkut' dia tidor dalam bilik yaaa.... Noti-noti Ibu rotan nanti!!! Mak dah kasi 'green-light' tauuu... Hahahahaaaa...

OOOPPPSSS!!! Nak tau anak saper??? Hehheheeee... Yang tau sahajaaaa... Sekian untuk kali nihhh....

Sunday, 8 January 2012

Kung Pao Chiken -my style


KUNG PAO CHICKEN - my style

=========================

Isi Ayam - dada     1 peket *beli kat pasaraya tu...*
Bawang Merah Sedang *hiris halus*
Bawang Putih dalam 4 butir *hiris halus*
Hali *hiris halus juga ikut suka banyak mana*
Cili Kering *ikut suka jumlahnya,dipotong panjang dan cuci*

Sedikit Sos Tiram
Kicap Manis secukupnya
Serbuk Lada Puteh *sy guna lada putih yang ditumbuk sendiri-sedikit kasar*
Campuran Tepung Jagung+air *utk pekatkan kuah*
Baun Bawang *potong panjang-panjang*
Minyak sikit utk goreng
Stok Ayam - serbuk
Garam dan gula


Cara-cara:
-------------

  • Tumis segala bawang juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan pula hirisan panjang cili kering.
  • Agak sedikit layu masukkan pula isi dada ayam yang telah dipotong-potong.
  • Jika agak kering masukkan sedikit jer air.
  • 3/4 masak masukkan sedikit (dalam 1sudu kecil) Sos Tiram dan segala perasa.
  • Masukkan juga Lada Putih.
  • Dah sebati masukkan Kicap Manis secukupnya untuk cover isi ayam tadi.
  • Kemudian campuran Tepung Jagung utk pekatkan kuahnya.
  • Tunggu hingga masak kemudian taburkan daun bawang.

P/S: Boleh juga ditaburkan dengan GAJUS yang digoreng untuk lebih rasa..

Cuba lah!!!