Tuesday, 3 July 2012

APAM owhhh APAM....


      Bahan-bahan yang perlu:
  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat (diayak bersama tepung gandum utk kesan smooth)
  • 150gm susu segar (fresh milk) 
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (Aku pakai instant aja sebab xmo bazir)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm castor sugar (boleh kurangkan jika rasa macam manis)


    Cara paling mudah adalah:

    Pukul telur sama gula dan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ovallete dan pukul lagi sekejap sampai kembang sket. Masukkan tepung bercampur soda bikarbonat selang-seli dengan susu. Warnakan dengan pewarna. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair sangat. Sedang elok maunya. Masukkan sedikit bancuhan dalam paper cup dalam 1/3 lepas tu masukkan inti di tengah. Penuhkan kembali dengan bancuhan di dalam loyang atau bekas kecil tersebut. Kukus sampai masak.



Kalau nak buat DOT-DOT cara senang pakai plastik khusus untuk piping. Ada siap jual kat kedai baker. Paiiippppp je lagu senang.. Kekadang Mak malas tu, pakai jer 'pencungkil gigi' pown jadik gakkkkk....



Tapi kannnn... Dalam bebanyak 'filling' yang Aku pernah try la kan... Inti NUTELLA paling DA BOMBASTIC la derrrr.... Miahahahahaa hahahaaaa...

What are waiting for??? Cepat la buekkkkk.....

No comments:

Post a Comment

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p