Thursday, 10 May 2012

Buah Nam Nam

Jenn jeng jenggg..... Topik yang lain dari yang laen ini hari. Tu dia IDEA suda mariii.. Apalagi???? Pantasan jemari nih dok ketok-ketok board tu kheeennnnnnn...


Apa nie??? Buah??? Hopcoz la buahhh... Korunk tau apa namanya??? Aku pon baru ja tauuu.. BUAH NAM NAM. Tak pernah dengar??? Ada ja nama lain untuk buah ni.. Contohnya, BUAH KATAK PURU *ada rupa sekor katak kalau tengok sekilas laaa..* Kalau di Indonesia mereka ada macam-macam nama antaranya KOPI ANJING dan SAWO PANCUKAN. Nak 'glamer' lagik dalam Bahasa Latinnya adalah "CYNOMETRA CAULIFLORA"....

Asal buah ni tak dapat nak dipastikan. Tapi rasa-rasa macam banyak terdapat di Indonesia since banyak juga nama-nama lain bagi buah ni. Kat rumah Aku ada sepokok. En Suami juga lah yang dok 'introduce' buah ni kat Aku. If not, harrreeemmmm i dono uuuu....



Camna nak makan??? Mesti lah bila dah masakkkk.. Namapon buah.. Belom masak kaler dia hijau pekat gituuu.. Nak masak warna dia jadi cerah sedikit kecoklatan.. Macam nak 'pucat' warnanya tu dah boleh petik dan NGAP!!! *borok na melantak ko yerrr...* Sopan la skettt... Gi la petik dan basoh bersih-bersih.. Nak me-ngap sesajaaa.. Then peel-off the skin, buang bijinya dan ngap laaa...


Just eat it like that??? Siyes??? Laaa.. Suka hati la derrr.. Ko nak chechah garam.. Chechah kicap.. Kuah Rojak... *Aku belasah gitewww jer-dasat kebulor manjang tak nyempat dahhh..hahahahaa...* Sebab rasanya yang bercampor-baor tu maka terpulang la pada orang yang nak makan yerrr.. MMMMmmm.. Naseb baik dapat yang manis.. Tak baik plak dapat yang kelat skettt.. Tak pon masammm.. As for me rasa dia lemak-lemak gituwwww...

KHASIATnya yang Aku dok 'google' antaranya sesuai untuk mereka yang ada KENCING MANIS, KENCING BATU, DARAH TINGGI dan jugak boleh guna untuk TURUN BERAT BADAN. Biar betolll!!! Abes sepokok tu kang Aku BEDAL!!! Kwangg kwangg kwanggg... Caranya dengan memakan buahnya dan juga merebus pucuknya. Air tu diminum yaaa... Macam minum teh tuuu...

Dalam satu blog ni ada plak petua kalau nak merebus daunnya itu atas tujuan perubatan tauuu.. If I am not mistaken kena ambil/masak dalam bilangan ganjil seperti 5/7/9 helai daunnn.. What is the reason??? Biarlah rehsia Nenek Kebayan tu... Hahaha hahahaaaa... Eh?? Ko nak kurus tak??? Kalau nak ikot kan ajerrr.. Ngeeee...

So??? Cepat la tanam sepokok yerrr... Tapi kalau tanam sekarang maunya 10 tahon nanti baru nampak hasilllll... Tak dapek nak nolongggg.....

2 comments:

  1. Ni baru pertama kali jumpa. Tu pun sebab kawan facebook tanya pokok buah apa. Terus search dan sampai blog ni. Hehe.
    Nampak macam buah masam saja.. Masam ke?

    ReplyDelete
  2. Nasib baik dapat yang manis.. Kalau tak, masam sikit laaa.. Hahahahhaaaa... Tak pon kelat-sebab blom masak betol.

    ReplyDelete

Sila lah sila yaaa... "SHARING IS CARING'.. :p